Tuesday 6 January 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)


Latar Masyarakat
·         Masyarakat yang mengalami masalah dalam rumahtangga
o    Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak.   Anak-Anak serta isterinya sering Menjadi mangsa kekejamannya. Haziq iaitu anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah jalan dalam pergaulan menyebabkannya diberhentikan sekolah.

·         Masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain.
o    Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela.

·         Latar Masyarakat Yang Prihatin
o    Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah ekoran sikap tidak bertanggungjawab Seman iaitu suami Che Jah
o    Lili meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan  memaklumkan sikap Seman.
o    Lili berpendapat bahawa Danel bertanggungjawab untuk membagunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya.
o    Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik. Dia membawa Lili ke pean.  Dia juga  bersependapat dengan Lili dalam banyak perkara.


·         Latar masyarakat yang buruk sangka.
o    Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana menyangka datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
o    Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.

o    Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung agar menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah tersebut dimajukan dengan penanaman agripolitan

No comments:

Post a Comment