Tuesday 21 October 2014

FOKUS SPM 2014

DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Oleh: Suriani Mohd Yusof

Sinopsis

Mak Jimah iaitu isteri Pak Jumaat bersedih apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah serta Sani iaitu anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar memberitahu hasratnya yang ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana cutinya telah habis tetapi dia enggan. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man iaitu jiran mereka yang tidak memahami Jimah.

Salmah  yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi oleh Sabariah yang menyuruhnya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah tentang  tanggungjawab menjaga emak mereka. Sikap mereka turut ditegur Pak Man.  Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank yang mengandungi  wang hasil pemberian mereka.

Sabariah tidak menyukai ibunya  yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya, Man Bengap memberitahu bahawa Jumaat telah dijumpai. Dia juga menyatakan bahawa Sani sahaja diminta menemani Jimah untuk menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka bersama-sama menjemput Jumaat.

Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf daripada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Melalui  peristiwa yang berlaku  Pak Man  bersyukur kerana mempunyai Man Bengap iaitu cucu angkatnya  tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika dia dan isterinya sunyi.


Watak & Perwatakan:

Watak Utama
: Jimah - Isteri Jumaat yang berusia 55 tahun /  setia, penyayang dan bertanggungjawab kerana setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut / Sabar dengan dugaan dan berdoa, contohnya Jimah sentiasa berfikir dan berdoa kepada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.













Watak Sampingan

 Sani - Anak angkat Jimah /  seorang doktor dan telah beristeri / Seorang yang bertanggungjawab dan sabar kerana sangat mengambil berat akan emak angkatnya terutama ketika bapanya hilang di laut.

 Sabri -Anak sulung Jimah / Penyabar kerana Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.


Sabariah  - Graduan ekonomi bekerja di London / anak kedua dalam keluarga / Panas baran disebabkan dia tanpa usul periksa telah  menyalahkan bapanya yang masih ke laut pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim pada setiap bulan./
Tidak menyukai Sani kerana Sabariah memarahi  Sani dan mengingatkannya supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga mengingatkan Sani bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.


Shahrul - Anak ketiga dalam keluarga / Seorang akauntan di Kuala Lumpu / Mementingkan kerjayanya kerana Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun  bapanya belum dijumpai. /Berselisih faham dengan Sani / Shahrul rmenyindir  Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

Salmah -  Seorang pereka fesyen /  Sering mengikut fesyen terkini. / Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt./  Lebih mementingkan kerjayanya kerana Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.


Wan Malin  - Isteri Sani /  Banyak membantu Sani menjaga Jimah./  berjanji dengan Jimah akan bersama dengannya untuk menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.


Man Bengap  -Pemuda yang lurus bendul , contohnya dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa / Cucu angkat Pak Man

Pak Man - Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah, contohnya Pak Man menyuruh isterinya iaitu Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Dia juga bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.  / Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah kerana Pak Man menasihati mereka supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.

Mak Jah - Isteri Pak Man / Seorang yang penyayang kerana sanggup bersama-sama keluarga Jimah untuk menenangkan mereka ketika mereka bersedih kerana kehilangan Jumaat di laut.

Wahid dan Senin  -Penjahat yang mengambil kesempata apabila  mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang dihadapi mangsa Tsunami.  / Mencuri harta mangsa tsunami kerana mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.

Latar

Latar masa:

• Siang - tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
• Pagi -  semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
• Senja - di rumah Jimah

Latar tempat
• Tepi panta - i Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
• Rumah Jimah - Sabariah memarahi Salmah.
• Anak tangga rumah Jimah  - Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya



Aspek komsas dalam dalam drama Tiang Cengal Dinding Sayung

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH / HURAIAN

Pemikiran
Kesetiaan dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap keluarga (suami/bapa)
Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah








Persoalan















Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi
Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai
Persoalan sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga
Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak angkat Jimah
Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang
Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut selepas kejadian tsunami
Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat
Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya
Persoalan sikap sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup
Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat tsunami
Persoalan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah
Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain
Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka

Hubungan Mak Jah dan Pak Man dengan keluarga Pak Jumaat amat rapat sehingga Pak Man dan Mak Jah mengenali hati budi anak-anak Pak Jumaat







NIlai
Kasih sayang
Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap menunggu kepulangan suaminya di pantai
Kesetiaan
Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin suaminya masih hidup
Hormat-menghormati
Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan dipandang serong oleh kakanya itu
Nasihat-menasihati
Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang merupakan anak angkat ibunya
Tanggungjawab
Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia hanya anak angkat
Simpati
Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak Jumaat yang hilang akibat tsunami






Pengajaran


Kita hendaklah bersama-sama mengharungi kesusahan hidup agar masalah dapat diselesaikan
Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri
Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita
Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di kampung
Kita hendaklah menyesal atas kesalahan yang telah kita lakukan supaya kehidupan menjadi tenang
Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan melukakan hati ibunya
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin seperti memberikan pendidikan kepada anak-anak
Pak Jumaat dan Mak Jimah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi
Jangan kita mementingkan diri dan kerjaya sehingga melukakan hati ibu bapa kita




ITEM
PERNYATAAN
CONTOH / HURAIAN








Latar Masyarakat











Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak.

sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas
Masyarakat yang berpendidikan
anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.

Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan

Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

• Masyarakat yang mementingkan kerjaya.

Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.

• Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua
Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.






No comments:

Post a Comment