Usaha-usaha Memupuk Amalan Kejiranan
Pendahuluan: - Jiran ialah
sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain
- diibaratkan sebagai saudara kandung - tempat kita mengadu tatkala berada
dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat
cubit paha kiri paha
kanan pun terasa amat sukar ditemui.Persoalannya,......
Isi 1: -dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa
perayaan besar seperti sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Natal atau Deepavali
- mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu - berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit -
melegakan penderitaan - secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.
Isi 2:- bertegur sapa dengan jiran - berupaya mewujudkan masyarakat yang
prihatin - jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain - Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika
dalam kesusahan. - mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita
pulang ke kampung atau pergi melancong - Pada masa yang lain mungkin kita pula
akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.
Isi 3:- menghulurkan bantuan ketika jiran berada dalam kesusahan -
memudahkan - tugas yang berat menjadi mudah - hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. – membantu jiran ketika berpindah rumah atau menghantar isteri jiran yang hendak bersalin ke hospital - suasana
yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.
Penutup: - semangat kejiranan
wajar dipupuk - mencapai cita-cita negara untuk membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan penyayang - masyarakat yang
mempunyai kesetiaan dan kecintaan terhadap tanah air.- merealisasikan gagasan 1
Malaysia
No comments:
Post a Comment