Tema
: sukan
KS
: faedah
Dalam
mendepani era modenisasi , dunia menyaksikan iktisad negara yang membangun
seperti cendawan tumbuh selepas hujan , negara yang membangun ini boleh
diibaratkan seperti tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan
negara atas angin yang lain . Namun dasawarsa ini , isu sukan kerap menjadi
polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia . Isu ini acap akali
menjadi trajuk perbualan rakyat sama ada di muka akhbar mahupun di kedai kopi .
Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang mengeluarkan peluh yang
menyihatkan badan . Kebiasaannya semua golongan sama ada tua atau muda perlu
memupuk minat terhadap terhadap sukan . Hal ini kerana terdapat banyak manfaat
yang boleh kita perolehi dengan bersukan seperti dapat memupuk perpaduan rakyat
dan kaum . Meskipun begitu , kebanyakan remaja pada zaman milenium ini tidak
cenderung ke arah bersukan bahkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang
kurang sihat . Pada mereka , aktiviti bersukan hanya membuang masa dan
memenatkan meraeka . Sementelahan , mereka lebih meminati aktiviti yang
menghiburkan mereka seperti melayari internet . Dalam pada itu , masih ada
remaja yang mengamalkan sukan sebagai salah satu aktiviti harian mereka .
Remaja yang tidak berminat terhadap sukan boleh dianalogikan sebagai lebah yang
tidak suka akan madu . Seyogia , remaja perlulah cakna akan kehidupan mereka .
Menurut pemain badminton Malaysia ,Datuk Lee Chong Wei , kita mestilah bersukan
untuk mempunyai kehidupan yang sihat dan positif. Oleh itu , semua pihak
perlulah berganding bahu bagi memupuk semangat dan minat terhadap sukan
dalam kalangan remaja di Malaysia . Langkah – langkah yang pragmatik dan
sistematik perlulah dijalankan untuk mereealisasikan impian ini kerana Presiden
Soekarno pernah berkata , berikan saya sepuluh remaja , nescaya saya akan
menggegarkan dunia
Memetik
wasitah nirmala seterusnya , pihak kerajaan jaga memainkan peranan yang penting
mengalakkan minat bersuka dalam kalangan remaja . Hal ini kerana , para remaja
hari ini kurang berminat dalam aktiviti bersukan . Prakarsa yang dapat diambil
oleh pihak kerajaan ialah memberikan galakan kepada para remaja dan menyediakan
pelbagai infrastruktur . Amsalnya , pihak kerajaan boleh membina gelanggang
futsal , gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di setiap komuniti
dalam negeri . Natijahnya , para remaja akan semakin bersemangat dan berasa
lebih selesa untuk menceburkan diri dalam bidang sukan . Hal ini secara tidak
langsung , dapat menarik minat remaja untuk melakukan aktiviti yang berfaedah
dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Charles Cahier dalam karya
mukadimahnya menyatakan nilai manusia adalah semahal matlamatnya . Tambahan
pula , pihak kerajaan juga boleh menganjurkan aktiviti – aktiviti sukan yang
melibatkan perlawanan antara daerah . Sebagai tamsilnya dengan mengadakan liga
bola sepak antara daerah . Lanjutan daripada huraiakan yang dinyatakan di atas
, bagi menyemarakkan lagi semangat bersukan dalam atma remaja pada hari ini
penganjuran Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali jelaskan
menunjukan bahawa ramai atlet yang terdiri daripada kalangan remaja yang
menyertainya . Bagi mewujudkan sebuah industri sukan yang gemilang di negara
kita , kerajaan tidak seharusnya bersikap lepas tangan . Seyogia , kerajaan
perlu berusaha sedaya upaya agar industri sukan di negara kira Malaysia setaraf
dengan industri sukan di negara maju dan diiktiraf oleh dunia . Usaha yang jitu
yang ada pada remaja untuk menggiatkan diri dalam aktiviti sukan ini bertepatan
dengan peribahasa Melayu ,hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Oleh itu ,
jelaslah bahawa begitu besar perana kerajaan nbagi menjamin remaja melibatkan
diri dalam aktiviti sukan ini tercapai . Tiada pandangan yang dihulurkan oleh
remaja kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Kejayaan yang dirangkul
oleh atlet negara dalam sukan badminton seperti Dato’ Lee Chong Wei tidak
menghalangnya untuk terus maju ke hadapan dan membawa nama Malaysia ke persada
antarabangsa
Dari
sudut kodifikasi yang berbeza , peranan pihak swasta tidak boleh dikesampingkan
dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja . Pada masa ini , pihak
swasta telah banyak memainkan peranan mereka yang penting dengan menaja para
atlet negara kita. Amsalnya, kita dapat lihat pemain bola negara kita Safee
Sali telah mendapat durian runtuh daripada pihak swasta yang telah menaja beliau
sebanyak RM2 juta . Selain itu , atlet sukan badminton Negara kita iaitu Datuk
Lee Chong Wei turut menerina habuan daripada 100 Plus atas pencapaian beliau
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Memetik hujah yang dinukilkan
oleh Bapa Pemodenan Kereta Dunia , Henry Ford, datang bersama ialah permulaan ,
menjaga bersama ialah kemajuan, bekerjasama ialah kejayaan. Oleh itu , pihak
swasta tidak boleh bersikap menutup sebelah mata terhadap atlet – atlet yang
baru menempatkan diri dalam industri sukan negara kita . Pihak swasta
seharusnya berinisiatif membantu para atlet dan tidak bersikap seperti harapkan
sokong , sokong membawa rebah . Pihak swasta tidak seharusnya bersikap bena tak
bena terhadap atlet yang berpotensi tinggi kerana air yang tenah jangan
disangka tiada buaya . Dalam memberi inisiatif dan bantuan tidak
seharusnya ada pihak yang bersikap hati busuk dalam menghulurkan bantuan dan
tajaan kepada para atlet . Sekiranya pihak swasta bersinergi berganding bahu
dengan para atlet maka martabat sukan Malaysia mampu berdiri megah di mata
dunia .
Kalau
tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya . Anak – anak ibarat kain putih
, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi bangsa Yahudi Nasrani
mahupun Islam . Bagi menaikan lagi taraf sukan di Malaysia , sokongan dan
dorongan daripada ibu bapa merupakan tunjang untuk menyemarakkan lagi semangat
sukan dalam diri anak – anak . Hal ini kerana , aktiviti sukan dapat
menghindarkan diri remaja daripada terjebak dalam gejala hedonisme . Uswahnya ,
remaja zaman kontemporari kini lebih suka menghabiskan masa dengan melepak dan
terlibat dengan budaya kuning yang berkiblatkan Barat . Hatta , ibu bapa
haruslah mendisplinkan sahsiah anak – anak mereka dengan menjadi suri teladan
yang baik kepada mereka . Sementelahan ibu bapa perlu memanfaatkan cuti umum
yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk membawa anak – anak beriadah bagi
memupuk minat bersukan dalam atma mereka . Datuk Seri Tun Abdul Razak Hussein
pernah berkata , disiplin yang baik terbentuk daripada sikap yang dan sikap
yang baik hasil daripada pemimpin yang teladannya baik . Malahan , hubungan
silaturahim antara ibu bapa dengan anak – anak dapat dieratkan . Seyogia ,
remaja perlu memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri mereka . Menurut , Tun
Dr. Mahathir Muhammad , kebebasan beerti tanggungjawab ,
tanggungjawab beerti berusaha , bertindak serta berdikari dan kejayaan yang
dicapai daripada usaha seseorang itu tidak ternilai harganya . Tuntasnya ,
melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa perlu member didikan awal dan
bersikap cakna terhadap aktiviti sukan anak – anak kerana tuah ayam nampak di
kaki , tuah manusia siapa yang tahu . Tamsilnya , Pandelela Renong yang berjaya
memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik London telah diberikan latihan
intensif kecil dalam sukan renang di Sungai Rajang oleh bapanya , Renong Jamh
Joheng . Oleh itu , sokongan dan dorongan ibu bapa amatlah penting bagi
menaikkan nama sukan Malaysia di persada dunia .
Karya
mukadimah Beng Zhu menyatakan perjalanan seribu batu bermula dengan satu
langkah . Minat bersukan dalam kalangan remaja boleh dipupuk dengan didikan
oleh ibu bapa . Ibu bapa boleh mendidik anak – anak mereka untuk gemar bersukan
dengan mendedahkan mereka tentang banyaknya faedah yang dapat diperolahi
daripada bersukan . Hal ini , akan menyebabkan anak – anak mereka tertarik
untuk menyertai aktiviti – aktiviti sukan daripada
kecil lagi .Hal ini bertepatan dengan aforisme , melentur buluh daripada
rebungnya . Natijahnya , anak – anak akan berminat terhadap sukan dan mempunyai
pengetahuan luas tentangnya sekaligus mengelakkan anak – anak daripada menjadi
seperti katak di bawah tempurung . Oleh itu , ibu bapa haruslah memberikan
kerjasama dengan member didikan yang berkaitan dengan sukan kepada anak – anak
agar minat bersukan dalam kalangan remaja dapat dipertingkatkan . Sekiranya ini
semua dilaksanakan , maka Malaysia dapat melahirkan atlet sukan yang berkaliber
dengan lebih ramai serta dapat mengharumkan nama Malaysia di mutu dunia
apaabila mereka bertanding dalam acara antarabangsa .
Beng
Tzu dalam karya mukadimahnya manyatakan perjalanan seribu batu bermula dengan
satu langkah . Oleh itu , minat bersukan haruslah dipupuk dan ibu bapa dengan
memberikan didikan terhadap sesuatu sukan kerana anak – anak ibarat kain putih
, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkanya . Hal ini kerana , anak –
anak yang masih kecil ,masih belum mempunyai minat untuk bersukan justeru , ibu
bapa haruslah memberikan didikan kepada anak – anak sewaktu mereka masih kecil
. Hal ini bertepatan dengan peribahasa , melentur buluh biarlah dari rebungnya
. Natijahnya , ibu bapa kepada anak – anak dengan menjadikan diri mereka
sebagai suri teladan kepada anak – anak . Selain itu , ibu bapa seharusnya
memberikan didikan yang secukupnya supaya anak – anak tidak jadi seperti katak
di bawah tempurung . Ibu bapa yang memberikan didikan terhadap anak – anak
boleh dianalogikan seperti komsas yang sering menjadi petunjuk arah . Sekiranya
, ibu bapa memberikan didikan awal terhadap anak – anak tidak mustahil minat
bersukan dapat dipupuk dalam dari anak – anak . Seterusnya anak – anak mampu
menjadi atlet seperti Azizul Hasmi Awang dan Datuk Lee Chong Wei . Sekiranya ,
ibu bapa memberikan dorongan dan sokongan tidak mustahil banyak ikon sukan
dapat dilahirkan .
Tuntasnya
, sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam
memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok pinang
sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan program
berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa membenarkan seorang pun
terkecuali . Hal ini disebabkan pada era milinium kini , criteria kemasukan ke
universiti bersandarkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan yang pernah mereka
masuki dan pencapaian kokurikulum mereka di sekolah. Statistik terkini jelas
memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis negara ini tidak
berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan .
Sementelahan , ramai pelajar cemerlang SPM tidak berjaya memasuki ke mana-mana
IPTA akibat tidak mencukupi syarat yang ditetepkan . Hal ini boleh dianalogikan
seperti, barangan yang cantik tetapi tiada manfaat kepada pengguna . Di samping
itu , sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu manfaat
kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti tersebut
. Hal ini bersesuaian dengan kata-kata yang pernah dilaungkan oleh Perdana
Menteri Malaysia , badan yang sihat mampu melahirkan otak yang cerdas. Tambahan
pula, Joseph Conrad pernah menyatakan, kejayaan tidak datang kepada manusia
yang leka . Oleh itu, pihak sekolah tidak boleh memandang enteng akan
permasalah ini . Pihak sekolah perlu memberi dorongan , sokongan dan
galakan yang sepenuhnya kepada pelajar yang mempunyai berkat supaya pencapaian
sukan kita standing dengan pencapaian sukan negara maju yang lain.
Thx bro , skrng sa buli ksi siap kerja sa , btw karangan ko mantap abis , thx
ReplyDeleteAyat kau power der btw thanks ^^
ReplyDeleteAyat kau power der btw thanks ^^
ReplyDeleteAyat kau power der btw thanks ^^
ReplyDeleteterbaik ahhh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCikgu apakah maksud mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau.perkataan ini acap kali digunakan dalam esei sama ada puisi genre prosa dan sebagainya.walaupun tiada penjelasan yang beri makna yang mendalami perkataan ini.tolong beri cikgu.
ReplyDelete