Saturday 11 October 2014

KARANGAN FOKUS PT3

Kepentingan Hutan

            Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.Macapada,hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan mereka terhadap generasi pada masa hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.
            Kepentingan hutan yang dominan kepada masyarakat termsuklah hutan merupakan kawasan tadahan.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian.Sekiranya hutan semakin pupus,cuba kita bayangkan bagaimana kehidupan kita tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga menampung keperluan asas bagi manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan menyebabkan hutan di negara semakin terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.
            Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali ini kerana hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.
            Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di manakanh binatang-binatang liar tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut yang tergolong daripada kategori 'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.
            Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi.Jika hutan ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-kontang.Hali ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan boleh mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir lumpur.
            Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara juga merupakan peranan hutan.Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan flora dan fauna seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu.Kawasan-kawasan hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan hutan di negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara lain.
             Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutan-hutan yang malar hijau.Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.


No comments:

Post a Comment