Saturday 11 October 2014

KARANGAN FOKUS PT3

TEMA: LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA              UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN ALAM             SEKITAR.
                                 
                 Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang isu penjagaan keindahan alam sekitar. Isu penjagaan keindahan alam sekitar di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan negara baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar bagi melahirkan keharmonian dalam masyarakat. Hal ini bertepatan degan peribahasa Melayu, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Justifikasinya, hal ini kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak supaya sayang dan cinta akan negara kita. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada kebolehan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

            Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjaga keindahan alam sekitar. Ibu dan bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah yang utama, ibu bapa mestilah mendidik mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengitar semula boleh dianologikan sebagai mengisi sejenis air di dalam bekas yang dikhaskan untuknya. Air tersebut digunakan pada masa hadapan sebagai bahan yang berguna. Menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil, pihak kerajaan telahpun menyediakan tiga buah tong sampah yang mempunyai warna yang berbeza untuk sampah yang berbeza. Pihak kerajaan juga telah menghasilkan sebuah lagu bagi mengingatkan tentang kod-kod warna tong sampah tersebut bersama kepentingan mengitar semula. Tong sampah yang berwarna biru telah dikhaskan untuk kertas, tong oren pula dikhususkan untuk plastik manakala tong coklat disediakan untuk kaca. Sekiranya seluruh kulawarga melaksanakan tanggungjawab mereka, keindahan alam sekitar pasti dapat dikekalkan. Peribahasa Melayu ada menyebut, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Ibu bapa mestilah mengamalkan amalan mengitar semula dalam kalangan     anak-anak supaya boleh menjadi rutin harian mereka.
              Anak-anak sentiasa memerhatikan segala perlakuan ibu bapa dari segi mental dan fizikal. Segala perlakuan yang ditunjukkan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak. Bergantung kepada ibu bapalah untuk mencorak peribadi anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang baik. Ibu bapa harus memperlihatkan teladan yang baik kepada anak-anak atau digambarkan sebagai ‘role model’. Selain itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar anak-anak cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan sampah. Peranan ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang dikhaskan untuk pembuangan sampah. Kendatipun begitu, jika ditelusuri secara mendalam, memang patut kebersihan sekeliling dijaga untuk keselesaan bersama dan tidak menyakitkan mata. Tambahan pula, sikap yang baik akan mendapat kehidupan yang baik. Hal ini boleh dikaitkan dengan aforisme Melayu, bapa borek anak rintik. Maka ibu bapa harus bergerak sederap dalam membentuk keperibadian anak-anak untuk menjalani kehidupan yang selesa dalam menekankan penjagaan alam sekitar. Tiada ubat yang tiada penawarnya tanpa cara dan langkah pragmatik dan sistematik.

           Prakasa yang pragmatik lagi efisen bagi menggalakkan anak-anak menjaga alam sekitar ialah ibu bapa boleh menetapkan jadual waktu kepada anak-anak untuk membersihkan rumah agar nilai penjagaan alam sekitar dapat dipupuk dari rumah. Jadual waktu pembersihan rumah yang ditetapkan oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar. Ibu bapa perlu memulakan langkah bagi menyediakan jadual waktu pembersihan rumah sejak anak-anak kecil lagi agar perasaan cinta akan alam sekitar dapat ditanam di dalam diri anak-anak sejak peringkat awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, penggunaan jadual waktu pembersihan rumah yang dilakukan oleh ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik kepada anak-anak kerana sifat ini akan menjadi amalan dan ikutan kepada anak-anak sampai bila-bila dan membentuk adab dan akhlak yang baik ini kerana adab dan akhlak yang buruk adalah sifat yang tidak patut ada di dalam diri seseorang. Ibarat kata Wahab Munabin, akhlak dan adab yang buruk ibarat tembikar yang sudah pecah, tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

             Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan kurniakan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Tidak Menggunakan Plastik. Ibu bapa yang lebai lagi berjanggut haruslah memberi contoh dengan mengamalkan kempen ini kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak mudah mengikuti perbuatan atau amalan yan dilakukan oleh ibu bapa kerana sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Sementelahan lagi, anak-anak akan lebih menyayangi alam sekitar dan alam sekitar akan sentiasa terjaga. Sekiranya, kita sentiasa bersinergi dalam menjaga alam sekitar, masalah pencemaran yang ghalibnya diperkatakan dapat ditangani. Menurut El Leseur, tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.


             Jika ditelusuri secara mendalam antara langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memelihara alam sekitar ialah memberi didikan agama sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Menurut Hamka, agaam tidak mengajar umatnya sesuatu perkara melainkan perkara itu memberi manfaat kepada manusia. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, melainkan merosakkan manusia. Islam tentang menyarankan umatnya menjaga kebersihan kerana kebersihan separuh daripada iman. Ibu bapa perlu menyemat dalam diri anak-anak perasaan malu jika mereka sebagai umat Islam tidak dapat menjaga kebersihan dengan sempurna. Ironinya, jika umat Islam tidak mementingkan kebersihan, maka umat Islam akan ditempelak oleh penganut agama lain. Sesungguhnya, agama dan kebersihan umpama dakwat dan kertas.

            Akhirul kalam, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk menjaga keindahan alam sekitar supaya bumi hijau ini dapat memelihara dengan baik. Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi ini bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, alam sekitar yang terpeliharaakan melahirkan suasana yang tenang dan selesa. Natijahnya, kita juga dapat menyelamatkan bumi daripada pencemaran yang mungkin memudaratkan penduduknya. Hal ini kerana, ibu bapa hendaklah menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar sebelum keadaan bumi di tahap kritikal. Hal ini bertepatan dengan aforisme, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya masyarakat Malaysia bersama-sam berganding bahu menjaga keindahan alam sekitar, kita akan dapat mengecapi kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan berterusan. Seperti yang diperkatakan William Shakespeare, jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.  




2 comments: