Peranan Masyarakat Dalam Mengurangkan
Kemalangan di Jalan Raya
Dasawarsa ini,
isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi fokus
perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Keadaan ini
semakin merunsingkan apabila banyak kejadian yang melibatkan kemalangan jiwa
berlaku. Sebelum, nasi menjadi bubur,
langkah-langkah pragmatik perlu diimplimentasikan bagi mengatasi masalah ini.
Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan
lebih tegus dan tegas. Peraturan-peraturan jalan raya seharusnyan dikaji semula
dan ditambah baik bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.
Penguatkuasaan undang-undang seperti larangan perjalanan bas ekspres pada waktu
malam seharusnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti
melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman,
kes kemalangan melibatkan bas ekspres menurun dengan rancaknya sebanyak
15.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008 selepas undang-undang tersebut
dilaksanakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya penguatkuasaan
undang-undang, kadar kemalangan dapat diminimumkan.
Selain itu,
pihak kerajaan juga perlu memastikan pengurusan kenderaan awam cekap dan
efisien. Kelancaran sesebuah perjalanan itu amat bergantung kepada kecekapan
pemandu dan kondisi kenderaan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak pemaju
perlu menyediakan perkhidmatan secara berkala dan menjalankan pemeriksaan
secara konsisten bagi menjamin kualiti pengurusan sesebuah syarikat kenderaan
itu. Proses pemilihan pemandu juga perlu diteliti semula agar hanya mereka yang
benar-benar layak sahaja diterima bekerja. Menurut Menteri Pengangkutan
Malaysia, satu system pemilihan pemandu bas ekspres yang standard akan
dilaksanakan mulai penggal kedua tahun 2009. Maka jelaslah, pengurusan syarikat
kenderaan awam yang mantap amat vital bagi menurunkan kadar kemalangan jalan
raya.
Di samping itu,
kerajaan boleh melaksanakan kempen-kempen bagi menerapkan kesedaran kepada
seluruh warga Malaysia. Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk
menimbulkan nilai moral dan sivik serta menyuntik etika dalam kelangan rakyat.
Prakarsa ini dapat dijalankan dalam semua peringkat meliputi sekoalh, negeri,
mahupun di peringkat kebangsaan. Pendedahan awal kepada kanak-kanak misalnya
amatlah wajar kerana pada ketika inilah mereka mudah dibentuk mengikut acuan yang
sebenar, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Maka tidak
hairanlah apabila Kementerian Pelajaran sendiri berganding bahu dengan
Kementerian Pengangkutan melaksanakan program “Keselamatan Lalu Lintas dan
Jalan Raya” yang dianjurkan saban tahun. Justeru, sudah terang lagi bersuluh,
kempen-kempen tersebut berupaya untuk menurunkan kadar kemalangan.
Akhirulkalam,
isu kemalangan jalan raya ini perlu dipandang serius oleh pucuk pimpinan negara
khususnya. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng
tenaga bagi mengatasi masalah ini secara total. Ingatlah, pandu cermat, jiwa
selamat!
No comments:
Post a Comment