Tuesday 6 January 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)

Latar Belakang Novel
            Novel ini memenangi tempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan  pada tahun 2008. Novel ini ditulis oleh seorang penulis muda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Rohaini Matdarin.  Novel ini memenangi kategori remaja. Kumpulan sasarnya adalah untuk bacaan remaja . Isi dan kandungan novel ini serta penyampaian dan penceritaannya berkait rapat dengan remaja.

Sinopsis Keseluruhan

Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang  anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar  tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat di kampung terdapat  beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan  Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq.

Watak remaja  yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca  sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan  jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya.

Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung  Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun.
Nanun begitu, watak remaja dalam novel ini pula  tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.

Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan.

Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi  nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam  novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.
0in;ms� / d i P� � � n 0in 1.0pt 0in'> 

1 comment: