Saturday 11 October 2014

KARANGAN FOKUS PT3

INDUSTRI PELANCONGAN

               Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana peningkatan ekonomi yang maju. Hal ini kerana, industri pelancongan telah menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah menaikkan taraf ekonomi negara. Persoalan yang bermain dalam kotak minda sanubari kita ialah siapakah yang memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan ini? Oleh itu, semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan industri pelancongan dan perlu mengelakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni pelru diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memajukan  industri pelancongan.
                Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan ialah kerajaan haruslah mengadakan pelbagai promosi kepada pelancong. Hal ini kerana untuk menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini. Selain itu, ekonomi di negara kita akan bertambah maju kerana ramai pelancong yang membeli barangan tempatan di negara ini. Natijahnya, negara kita dapat menjalin hubungan dengan pelancong di negara lain. Sebagai contohnya, pihak kerajaan mengadakan promosi Cuti-Cuti Malaysia bagi mengalakkan pelancong di negara ini. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak kerajaan harus memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai promosi untuk memajukan industri pelancongan ini kerana tak kenal maka tak cinta.
                  Langkah seterusnya, bagi mengalakkan ramai pelancong  untuk datang ke negara ini, kerajaan perlulah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dengan cukup lengkap dan mempunyai ciri-ciri keselamatan  yang selamat digunakan bagi pelancong untuk melancong ke negara ini. Natijahnya, jika kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan di negara ini, maka tidak hairanlah pelancong melancong ke negara ini. Hal ini bertepatan dengan aforisme Melayu orang memberi kita merasa. Oleh itu, jika kerajaan tidak menyediakan pelbagai kemudahan maka pelancong tidak berminat untuk melancong ke negara ini. Dalam konteks ini, pihak kerajaan perlu menitikberatkan tentang kemudahan infrastruktur supaya dapat meramaikan lagi pelancong untuk melancong ke negara yang serba indah ini. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengusahakan kemudahan infrastruktur ini seperti jalan raya dan sebagainya. Jadi jelaslah bahawa industri pelancongan ini merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara serta meningkatkan  ekonomi negara kita.
                    Jika dikaji seterusnya, masyarakat hendaklah menyambut pelancong luar dengan bersopan-santun. Hal ini kerana, dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Bahkan juga, dapat menarik pelancong lebih ramai lagi ke negara kita dan negara kita akan lebih maju di persada dunia. Amalan bersopan-santun boleh dianalogikan sebagai permata yang sangat indah di dunia. Natijahnya, negara kita akan bertambah maju dengan adanya masyarakat yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia. Menurut Perdana Menteri, amalan bersopan santun haruslah sentiasa disemat dalam diri masyarakat Malaysia agar negara Malaysia akan lebih terjamin dan aman damai serta harmoni. Selain itu, masyarakat mestilah bekerjasama dalam membangunkan sesebuah negara yang berteknologi dan kaya dengan nilai-nilai murni. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Oleh itu, ternyatalah benar bahawa industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara.
                       Pada hakikatnya, setiap negara mempunyai tempat pelancongan yang tersendiri. Hal ini menekankan supaya masyarakat di setiap negara perlulah memastikan negara mereka dalam keadaan yang bersih. Masyarakat perlu menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap persekitaran negara mereka. Masyarakat juga perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya pelancong dari negara luar tidak memandang rendah akan negara yang dilawatinya. Dengan ini, pelancong luar akan berasa lebih selesa apabila mereka melawati sesebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Pelancong yang ingin datang melancong ke sesebuah negara akan menyelidik latar belakang sesebuah negara itu supaya apabila dilawatinya mereka akan berasa lebih selesa. Sehubungan dengan itu, pelancong meninginkan tempat yang dilawatinya kelihatan bersih. Masyarakat perlulah menjaga kebersihan alam sekitar di negara mereka dan akan menarik lebih ramai orang untuk melawat. Kerajaan juga turut menyumbang dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara. Sebagai contohnya, agensi perhotelan boleh memberi potongan harga dalam penginapan pelancong.
                        Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang cantik, bersih dan indah seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman juga  Melaka yang mempunyai sejarah mereka yang tersendiri. Kesannya, Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai sektor. Malaysia juga banyak menawarkan pakej-pakej promosi pelancongan yang menarik. Contohnya seperti taman negara yang menyediakan pakej yang berpatutan supaya pelancong berpuas hati. Hal ini bertepatan dengan pelancong yang suka pergi ke tempat-tempat yang mencabar. Kerajaan perlu memastikan pusat-pusat pelancongan yang terdapat di Malaysia menyediakan pakej-pakej yang menarik. Sehubungan dengan itu, pakej-pakej tersebut perlulah disediakan dengan harga yang menarik. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa Malaysia mempunyai pusat pelancongan yang menarik dan banyak menawarkan pakej-pakej promosi pelancongan yang berpatutan.

                           Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara.  Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu ke bukit sama didaki ke lurah sam dituruni bekerjasama, berusaha, memajukan lagi industri pelancongan agar negara tidak dipandang rendah dan diperlekehkan oleh negara lain. Seterusnya, semua pihak perlu memainkan peranan sebagai tuan rumah untuk menunjukkan tingkah laku yang sopan supaya industri pelancongan dapat dimajukan. Sebaliknya, jika tidak bekerjasama seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam memajukan industri pelancongan, kadar bilangan pelancong ke negara ini akan berkurangan. Sesungguhnya ingatlah ‘Pelancongan meningkat, negara maju’.

3 comments:

  1. damn nice
    its really mind blowing essay
    love it so much
    thank you for the essay

    ReplyDelete