Drama Cabaran (A.Ghafar Ibrahim)
SINOPSIS
Babak
1 - Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran
yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran.
Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan
bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah
sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.
Babak 2 - Perbualan berlangsung antara
Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan berbual
kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita
tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang
dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu
anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa
ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan kelas pemimpin dan
berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.
Babak 3 - Hani menyatakan ketidakpuasan
hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat
sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang
tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama
amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.
Babak 4 - Babak ini mengimbas kembali
sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji ketika berkempen
bagi meraih undi.
Babak 5 - Yahya berpendapat orang Melayu
mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin maju.
Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang
Padi sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang
tersebut. Firdaus memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang
berpunca daripada orang kita yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang
bercita-cita besar. Namun Firdaus menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi
merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari nanti. Dia mengajak
masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin juga
bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan
Nabi Muhammad.
Babak 6 - Yahya gembira kerana rancangan
mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.
PEMIKIRAN / TEMA - Perubahan sikap dan pemikiran
generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan
fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba
diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan
harapan dapat membela masyarakat.
PERSOALAN
i.
Penentangan arus perubahan. Persoalan ini
dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus
perkembangan.
ii. Kepentingan
berpegang pada janji. Perkara ini dapat
dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa
berkempen untuk pilihan raya.
iii.
Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan
keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.
iv.
Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara
ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan
perubahan dalam masyarakatnya. Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat
untuk membantu rakyat desa.
WATAK
DAN PERWATAKAN
Watak
Utama – Yahya - Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah./ Pemuda kampung bersemangat tinggi. - Yahya
mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan.
/ Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.- Yahya menegaskan Parlimen
bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu. / Gigih
berusaha. - Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.
Watak
Sampingan
Firdaus
- Berfikiran positif. - Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus
lumus. / tetap pendirian. - Firdaus
percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh
Zainal. / Bijak berhujah. Contoh: Firdaus
mematahkan setiap sindiran Zainal.
Zainal
- Berfikiran negatif. - Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat
dalam bidang perusahaan. / Mementingkan diri sendiri. - Zainal
menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.
Osman
- Ahli Parlimen.- Pandai berkata-kata. Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi
sewaktu berkempen.
Latar
Masyarakat
i.
Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah. - Yahya
menyatakan bahawa penduduk kampung hanya rajin menanam bunga, tetapi
tidak mahu menanam sayur-sayuran.
ii.
Masyarakat yang mahukan perubahan. - Pemuda kampung
seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah
kehidupan penduduk desa.
iii.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. - Zainal
berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan.
iv.
Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri. - Yahya
dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan
menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.
v.
Masyarakat yang suka membazir masa. - Ramai pemuda kampung
bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa.
vi.
Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama. - Husin
dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang
NILAI
i.
Nilai permuafakatan. - Yahya dan rakan-rakan berjaya
menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi membantu masyarakat Melayu kampung
mereka.
ii.
Nilai ketegasan. - Yahya menegaskan Parlimen
bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat tempatan.
iii.
Nilai kegiigihan. - Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan
Barisan pembela Rakyat Desa.
PENGAJARAN
i.
Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman.
- Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi
kepada masyarakat yang pandai berniaga.
ii.
Kita mestilah menunaikan janji. - Yang Berhormat Encik Osman
seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat namun beliau hanya pandai
berkata-kata.
iii.
Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang.
- Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.
iv.
Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang. - Hani
tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.
v.
Kita hendaklah bijak memilih. - Penduduk kampung lebih suka
menanam bunga daripada menanam sayur.
vi.
Kita hendaklah berpandangan jauh. - Firdaus matang dalam
memberi pendapat tentang sikap masyarakat.
b) Cerpen Dendam (SHARIZA A RAHMAN)
Sinopsis
- Cerpen ‘Dendam’
ini mengisahkan hubungan
kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along
amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru
dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan
Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan
marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu
Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada
ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu. Ketika
selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh
adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari
memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu
perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang
diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri
ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan
adiknya.
Satu
lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka
keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi
Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus.
Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang
memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali
pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah. Along kesian
mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu.
Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam
larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju
kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan
menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah.
Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan
rantai ibu. Along memeluk Angah kerana
rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik.
Tema - Konflik
kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit
pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi
Angah.
Persoalan:
1. Persoalan tentang hubungan kekeluargaan. - Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak
di dalam cerpen ini terutama ketika
makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan tentang kebencian kepada adik.- Along sangat membenci adiknya yang sering
menconteng dan mengoyakkan buku
latihannya sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan tentang kasih sayang antara adik
dan kakak.- Pada akhir cerita Along dan
Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.
Watak &
Perwatakan:
Along - Cepat
meradang terutama kepada adiknya. / Sering
memarahi adiknya yang melakukan kesalahan.
/ Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan. / Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara
perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya.
Angah - Gelaran Hantu
Kecil yang diberikan oleh Along. / Berwajah
comel. / Suka mengoyakkan kertas,
buku, dan majalah. / Wajahnya pucat
apabila dimarahi. / Buah hati ibu.
Abah - Seorang yang
tegas. / Memukul adik dengan tali
pinggang.
Emak - Suka
menyebelahi adik. / Mempercayai
telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah. / Bersikap garang kepada Along.
Nilai:
1. Nilai kasih sayang - Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih
sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari - Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan
oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi - Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang
baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat menghormati - Angah amat menghormati kakaknya walaupun
dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran - Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci
adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran:
1. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita
- Apabila malam semakin larut, aku
memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah
yang lena di katilnya.
2. Kita janganlah mempercayai tilikan. - Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan
bidan yang membidankan kelahiran Angah.
Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek,
masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada
keluarga.
3. Kita janganlah membesarkan perkara-perkara
yang kecil - Perkara macam itu pun engkau
hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang -menyayangi antara
ahli keluarga.- Aku mengangguk sambil
memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan
mengucupinya.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang
terhadap kita. - Along dan Angah saling
bermaafan antara satu sama lain.
C) Drama Sebuah
Perjuangan (Ab Manaf Kamarudin)
SINOPSIS
Babak
1 - Pangeran
Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas agar menentang kompeni Inggeris kerana
kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.
Babak
2 - Jahul
melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Hal ini
membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana Sungai Padas telah pun
dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggerismemberi
hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.
Babak
3 - Pangeran
Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran Syahbandar kepada penduduk kampung.
Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk kampung yang belot.
Babak
4 - Satu
pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan
pembelot.
Babak
5 - Jahul
memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang
dan menawan penduduk yang menyokong
kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran
Syahbandar yang menentang kompeni
Inggeris.
Babak
6 - Tunku
Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan. Pangeran Syahbandar kesal
kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau bertegas tetap meneruskan perjuangan.
Babak
7 - Berlaku
pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris. Mereka berjaya menyerang, membunuh dan
merampas senjata api orang Inggeris.
Babak
8 - Di
pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran
Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela
iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.
Babak
9 - Berlaku
pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran Syahbandar mahu semua pengikutnya
berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.
Babak
10 - Pegawai
Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk menahan serangan kompeni
Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga
mendapatkan bantuan polis Sikh dari
Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.
Babak
11 - Keadaan
kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang kubu Pangeran Syahbandar
sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya
hanya mempunyai senjata lembing dan
keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.
Babak
12 - Pertempuran
berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut
telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka
menyahut seruan Gabenor untuk
berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi pengunduran mereka
bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada
kompeni Inggeris.
TEMA - perjuangan anak watan menentang
penjajahan.- menyorot kisah
perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di Sungai Padas. Pangeran Syahbandar bertegas
bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk
watan. Pangeran Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun
mereka bertempur dalam keadaan
serba kekurangan.
PERSOALAN
i. Kepentingan mempertahankan hak
kebebasan memerintah di negara sendiri. - Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh
anak watan.
ii.
Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri. - Jahul
sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.
iii. Kepentingan bekerjasama dalam
mempertahankan tanah air. - Pangeran
Syahbandar dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris walaupun
tidak mempunyai senjata yang lengkap
iv. Kebijaksanaan dalam menghadapi
musuh. - Pangeran Syahbandar dan
pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang kompeni Inggeris dengan
membina kubu yang kuat
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
Utama - Pangeran Syahbandar - Tokoh pejuang di Sungai Padas. / Pemimpin yang berani. - Pangeran
Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai / Pemimpin yang tegas. - Pangeran
Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris walaupun Tuanku Sultan mahu mereka
menghentikan penentangan terhadap Kompeni
Inggeris. / Pemimpin yang
rasional. - Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni
Inggeris setelah
pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban. / Pemimpin yang
berkaliber - Pangeran Syahbandar telah
berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap
Pembelot
/
Pemimpin yang bijak. - Pangeran
Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubu sebagai
pertahanan menentang musuh.
Watak Sampingan
Awang
- Pembantu
kepada Pangeran Syahbandar. - Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar
semasa menentang Kompeni Inggeris / Pemuda yang cinta akan tanah air. - Awang
bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin menguasai kawasan Sungai Padas / Berfikiran jauh. - Awang mencadangkan
Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan peperangan
Jahul
- Tali
barut Inggeris. - Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran
Syahbandar dan pengikut-pengikutnya
kepada
Pegawai Inggeris / Pemuda yang mudah termakan pujukan. - Jahul bersetuju memberikan maklumat
apabila Pegawai Inggeris memberi hadiah.
Pegawai
Inggeris - Wakil
kompeni Inggeris di Sungai Padas. / Bijak
mengatur strategi. - Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk
mendapatkan maklumat dengan memberikan
ganjaran kepada Jahul
.
LATAR
Latar
Masa
i. Berlaku hampir 4 bulan - Awang menyatakan pertempuran antara pengikut
Pangeran Syahbandar dengan
Kompeni
Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan
ii. Waktu malam. - Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni
Inggeris dengan pengikut Pengeran
Syahbandar
di Kota Manggalela
iii. Waktu pagi.- Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar
mendakwa dia berkuasa di kawasan
Sungai
Padas kepada Pegawai Inggeris
.
Latar
Tempat
i. Di kawasan Sungai Padas. - Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk
kampung bahawa Kompeni Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di
bumi mereka sendiri.
ii. Pejabat Pegawai Inggeris.- Perbualan
antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di
kawasan
Sungai Padas
iii.
Kubu Kota Manggalela. - Kompeni Inggeris
membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat kampung yang
mudah dipengaruhi. - Terdapat penduduk
kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris dan menjadi pembelot
ii. Masyarakat yang
mengkhianati bangsanya sendiri. - Jahul
memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni Inggeris.
iii. Masyarakat penjajah. - Kompeni Inggeris bertegas mahu
menguasai kawasan Sungai Padas.
iv. Masyarakat pemimpin yang
bertimbang rasa. - Pangeran Syahbandar
hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh penduduk
.NILAI
i.
Nilai semangat cinta akan tanah air - Pangeran
Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas
.ii.
Nilai kesetiaan - Awang menyokong
tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air
daripada
kekuasaan Kompeni Inggeris
.iii.
Nilai bersatu padu - Pangeran Syahbandar,
Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam
menentang
Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban
.iv.
Nilai keberanian- Pangeran Syahbandar dan
Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka. Mereka juga berani menyerang
pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai kelengkapan senjata yang sesuai.
v.
Nilai rasional - Pangeran Syahbandar
menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak Kompeni Inggeris agar tidak
ramai yang menjadi korban.
PENGAJARAN
i. Kita haruslah mempertahankan tanah
air daripada sebarang bentuk penjajahan. - Pangeran
Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas
ii. Kita hendaklah bersatu padu
menentang penjajah. - Pengikut-pengikut
kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang bersatu padu menentang
Kompeni Inggeris
iii. Kita hendaklah berani menentang
penjajah. - Pangeran Syahbandar dan
pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni Inggeris.
iv. Kita mestilah setia kepada ketua.
- Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan
tanah air.
No comments:
Post a Comment