Novel Songket Berbenang Emas
Bincangkan Perwatakan Watak Antagonis Utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
Watak antagonis utama dalam novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip yang telah saya kaji ialah Nek Kiah, iaitu ibu kepada Saleha. Hal ini demikian kerana Nek Kiah telah berkonflik dengan watak protagonis novel ini, iaitu Dahlia dalam beberapa isu.
Dalam novel ini, Nek Kiah telah digambarkan dalam pelbagai perwatakan. Salah satu daripadanya ialah dia mempercayai perkara tahyul. Perwatakan tersebut tergambar apabila dia percaya bahawa nasib malang yang menimpa keluarga Dahlia kerana rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Oleh itu, dia telah pergi ke rumah Dahlia lalu menggores kapur di setiap pintu kerana tindakan tersebut dipercayai boleh menghalau hantu.
Selain itu, dia seorang yang mementingkan diri apabila tidak pernah mengambil tahu akan keperitan hidup Dahlia dan adik-adiknya setelah Saleha dan Embong dimasukkan ke hospital. Sikap Nek Kiah ini berpunca daripada kemiskinan hidup yang dialami oleh keluarga Dahlia berbanding anaknya yang lain. Dia juga langsung tidak mahu membantu keluarga Dahlia malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang pada pandangannya tidak diketahui asal usulnya.
Nek Kiah juga berkonflik dengan Dahlia apabila Nek Kiah sanggup menghalau keluarga Dahlia daripada tempat kediaman mereka kerana dia dipengaruhi oleh Seman, iaitu anaknya untuk menjual tanah tempat kediaman Dahlia disebabkan nilai komersial tanah tersebut yang tinggi. Hal ini demikian kerana tempat tersebut amat berhampiran dengan kilang-kilang dan politeknik selain mampu dijadikan tempat tinggal para pekerja dan pelajar.
Kesimpulannya, watak antagonis seperti juga watak-watak sampingan telah melengkapkan plot novel ini
Bincangkan
Perwatakan Watak Antagonis Utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.

No comments:
Post a Comment