LATIHAN
NOVEL - Cara Watak Digambarkan
Cara Watak Digambarkan
|
PENERANGAN
|
CONTOH
(NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN)
|
CONTOH
(NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS)
|
1. Gambaran Secara Langsung
|
1.
*Pengarang seolah-oleh campur tangan untuk memerihalkan watak-watak dalam ceritanya.
2.
*Pemerihalan ini
bukan sahaja merangkumi aspek luaran
watak, malah menyentuh perasaan dan
fikiran watak.
|
Gambaran secara langsung pengarang terhadap watak datuk Lili, Haji Abdul
Rahman: Seperti selalu, habis solat
berjemaah, datuk masih duduk di atas sejadah, berzikir, cuma kali ini tanpa
kalung tasbihnya. (hlm. 80)
*Pengarang
menggambarkan datuk yang akan berzikir selepas solat.
|
|
2. Gambaran Secara Tidak Langsung
|
1.
i)
Dialog
- Pengarang menggambarkan satu-satu watak berdasarkan dialog yang diucapkan antara watak dalam novel.
|
(a)
Dialog yang memerihalkan perwatakan sesuatu
watak:
(b)
(c)
“Lili,
tak elok berkasar dengan haiwan.”
(d)
“Saya
tak boleh dekat kucing, nek.”
(e)
“Nenek
tahu, tapi kamu boleh memberikan kucing-kucing itu makan supaya tak
mengganggu kamu. Haiwan kalau lapar sama juga macam manusia, buat bising.” (hlm.
55)
(f)
(g)
*Berdasarkan dialog tersebut, pembaca dapat
mengenali perwatakan nenek Lili (Hajah
Aisyah Tan Abdullah) yang bersifat penyayang
terhadap haiwan dan suka meberikan nasihat.
|
|
|
2.
Ii.Monolog
dalaman - kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak sama ada ditujukan kepada dirinya
sendiri atau kepada pendengar atau pembacanya.
|
(a)
Antara contoh monolog dalaman dalam novel
ini :
(b)
(c)
Aku
tidak percaya apa-apa yang kudengar, tetapi suara yang berkata tadi memang
suara nenek yang jelas memberikan keizinan. Memberikan keizinan kepada Danel supaya
dia boleh mengajakku ke pekan, menolongnya mengangkat barang-barang yang
dipesan oleh datuk. Akan tetapi aku terfikir, apakah itu bermaksud satu
kebenaran bersosial daripada nenek? Aku tidak faham punca idea itu boleh
muncul daripada fikiran nenek. (hlm. 137)
(d)
(e)
*Berdasarkan monolog tersebut, pembaca
dapat mengetahui perasaan Lili sebagai
seorang gadis yang mempunyai maruah
yang tinggi. Sebagai seorang gadis yang dididik dengan nilai kesopanan,
Lili seboleh-bolehnya membataskan
pergaulannya dengan lelaki, yang bukan muhrim, apatah lagi untuk keluar
bersama-sama dengan lelaki itu.
(h)
|
|
|
3. Iii. Aksi - gerak laku atau perbualan satu-satu watak.
|
(a) Satu daripada contoh aksi watak
yang dapat menjelaskan perwatakannya:
(b)
(c) Ketika aku sedang
menjamah makanan tengah hari yang disediakan oleh nenek, Abang Rashid muncul
tiba-tiba di muka pintu dapur. Macam pencuri, tangannya mengambil gelas di
rak. Kepalanya yang botak licin berkilat-kilat macam cermin, membuat aku
menoleh menghantar kelibatnya yang turun semula, tanpa sempat aku bertanyakan
kepadanya. Sejenak aku berfikir, manusia di rumah ini pelik-pelik belaka! (hlm.
97)
(d)
(e) *Berdasarkan
petikan ini, pembaca mengetahui bahawa Abang
Rashid/Rashid merupakan seorang yang bertindak
dengan pantas dan cepat
menghilangkan diri.
(i)
|
|
No comments:
Post a Comment