Latihan Karangan Dimensi Diri :
Anda telah menyertai program motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak
sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan.
Jelaskan aktiviti program yang telah
menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.
Pendahuluan : Banyak orang
berpendapat, usia remaja ialah tempoh emas untuk menentukan hala tuju seseorang
itu. Sama ada masa depan seseorang itu berjaya atau gagal bergantunglah kepada
kebijaksanaan merancang dan mengisi ruang masa dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah. Banyak kegiatan yang boleh dimanfaatkan seperti mengunjungi pusat
sumber, lawatan sambil belajar, dan menghadiri kelas tuisyen. Belakangan ini
banyak pihak yang mengambil peluang menganjurkan pelbagai kem dan kursus pendek
dalam masa cuti. Kem-kem seperti itu amat relevan untuk membentuk sahsiah
remaja sama ada dalam aspek pengayaan minda mahupun keseimbangan emosi. Peluang
tersebut turut saya ambil untuk memanfaatkan cuti hujung tahun yang agak
panjang. Sesungguhnyadi luar pengetahuan, saya telah memperoleh pelbagai
input baru dalam usaha membangunkan jati diri yang dapat pula saya kongsikan
dengan rakan-rakan sebaya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memberi peluang memperluas jalinan
rakan-rakan dan kenalan baru –
berkenalan dengan rakan-rakan sebaya daripada pelbagai lapisan (remaja dari
desa, bandar, kaya dan miskin) – berkongsi pengalaman tentang corak hidup,
budaya, dan cara berfikir (sesuai dengan peribahasa, jauh berjalan luas
pandangan, lama hidup banyak pengalaman, dan ramai kawan luas pengetahuan)
Isi 2 : Memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya – menggantikan rutin harian yang biasa seperti
tidur, berehat dan menonton TV dengan aktiviti yang berfaedah – setiap saat
yang berjalan cukup bermanfaat – faham tentang perancangan masa yang berkesan
Isi 3 : Dapat mengikuti modul latihan yang padat – modul latihan dirancang secara teliti ( meliputi
aspek ketahanan minda, latihan jasmani, semangat berpasukan, dan pengetahuan am
( berkaitan sejarah negara, hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa) –
modul kerohanian (latihan tadarus al Quran, solat berjemaah, solat malam, dan
kuliah agama)
Isi 4 : Sangat mencabar ketahanan fizikal dan
mental – modul latihan fizikal
yang lasak (senaman pagi, kawad kaki, treking, dan merentas halangan) – modul
latihan mental (penyelesaian masalah, membaca arah, dan bermuhasabah)
Isi 5 : Berjaya membina keyakinan diri – berasa seolah-olah dilahirkan semula dalam
sebuah dunia yang baharu – berjaya memupuk kekuatan minda, lebih bersemangat,
dan yakin untuk mencapai matlamat - memperoleh emosi yang tenang dan
selalu bertawakal kepada Tuhan
Kesimpulan : Selepas seminggu berada
dalam kem yang dianggap oleh sesetengah peserta sebagai penjara terhormat, saya
bermuhasabah semula tentang hakikat diri. Sesungguhnya, setiap insan yang
diciptakan telah disertakan dengan potensi yang tertentu. Namun demikian,
kegagalan kita memanfaatkan potensi yang ada boleh menyebabkan ramai orang yang
gagal di pertengahan jalan. Oleh itu, setiap potensi hendaklah digilap melalui
kursus dan kem seperti yang saya hadiri. Yakinlah, Tuhan tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubahnya
No comments:
Post a Comment