Thursday, 12 May 2016

Penggunaan Kosa Kata Dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Kosa Kata Dalam Penulisan Karangan



Kosa Kata
Maksud
1.
tuntasnya,
Kesimpulannya
2.
Sebagai intiha,

Kesimpulannya
3.
konklusinya,
Kesimpulannya
4.
akhir kalam / akhirulkalam
Kesimpulannya
5.
Ironinya
Kesannya (Sesuatu  yang bertentangan)
6.
mutakhir ini
sejak belakangan ini
7.
marcapada
sejak belakangan ini,
8.
dewasa ini
sejak belakangan ini,
9.
wadah/wahana
alat/saluran
10.
Disemarakkan
Digiatkan
11.
Memperkasa
menjana/meningkatkan
12.
Kekangan
Masalah
13.
Kemelut
Masalah
14.
Domestik
Tempatan
15.
arus modenisasi
Pemodenan
16.
arus globalisasi
dunia tanpa sempadan / kemajuan Internet
17.
diuar-uarkan
Dihebahkan
18.
rentetan itu
Sehubungan dengan  itu
19.
Sinergi
Kerjasama
20.
kebejatan moral
kemerosotan moral
21.
memandang enteng
memandang ringan
22.
Menerjah
Mengganggu
23.
Diimplementasikan
Dilaksanakan
24.
Delinkuen
tidak mematuhi peraturan
25.
Polemik
isu yang dibincangkan
26.
secara analogi
Perbadingan
27.
Pragmatik
Praktikal
28.
Menjurus
Menyebabkan
29.
Mengorak
Memulakan
30.
Seantero
Seluruh
31.
Perencah
Faktor
32.
Belenggu
Kongkongan
33.
Kontemporari
Kini
34.
Dominan
Utama
35.
Metropolitan
bandar raya
36.
Nafsi
sikap mementingkan diri
37.
tamak haloba
Tamak
38.
Evasif
sikap mengelakkan diri daripada tanggungjawab
39.
Hedonisme
mementingkan keseronokan
40.
Menyoroti
Membicarakan
41.
Signifikan
Penting
42.
Ideal
paling sesuai dan sempurna
43.
entiti mithali
sasaran teladan
44.
anjakan paradigma
perubahan pemikiran
45.
Altruisme
sifat suka mengutamakan kebajikan orang lain
46.
kendatipun begitu,
walaupun begitu,
47.
takuk lama
tahap lama
48.
kepompong tradisi
belenggu tradisi
49.
Tersohor
Terkenal
50.
sementelahan,
tambahan pula/lebih-lebih lagi
51.
Mayapada
Dunia kini
52.
Memanifestasikan
melahirkan/menunjukkan
53.
deduksinya,
kesimpulannya,
54.
Aspirasi
cita-cita
55.
Ghalibnya
biasanya/lazimnya
56.
Swadaya
kekuatan diri
57.
Uswah
teladan/contoh
58.
Kealpaan
Kecuaian
59.
Komitmen
memberikan sepenuhnya tenaga dan kerjasama
60.
berhempas pulas
bekerja keras
61.
Mapan
Mantap
62.
Justifikasi
Alasan sesuatu itu wajar dilakukan atau diberikan
63.
Prestij
Reputasi
64.
Petualang
Penghalang
65.
Efisien
menjalankan tugas dengan cekap
66.
Meledakkan
menyebabkan terbitnya sesuatu
67.
zaman ledakan teknologi
zaman kemunculan teknologi
68.
celik ICT
orang yang mahir teknologi maklumat
69.
mantan perdana menteri
bekas perdana menteri
70.
modal insan
pembangunan manusia
71.
membibitkan sikap
melahirkan sikap
72.
Merealisasikan
mencapai impian
73.
Kronik
Serius
74.
Terjerumus
terlibat dalam
75.
norma masyarakat
kebiasaan masyarakat
76.
akar umbi
Dasar
77.
Nescaya
Pasti
78.
menggembleng tenaga
bergabung tenaga
79.
lingua franca
bahasa perantaraan
80.
Dinamik
sempurna/lengkap
81.
jati diri
sahsiah diri
82.
Memartabatkan
Meningkatkan
83.
Konsisten
Tekal / berterusan
84.
faktor perdana
faktor utama
85.
Kerakusan
Keghairahan
86.
Natijah
Kesan
87.
alam maya
Internet
88.
Menggamit
Menarik
89.
seantero pelosok dunia global
seluruh dunia / antarabangsa
90.
Transformasi
Perubahan
91.
persada antarabangsa
pentas dunia
92.
Reputasi
nama baik
93.
tiang sandaran konkrit
sesuatu yang amat penting
94.
Pancaroba
Cabaran
95.
intan dan kaca
yang baik dan yang buruk
96.
Afdal
Utama
97.
kayu ukur
penentu aras
98.
kedangkalan pengetahuan
kecetekan pengetahuan
99.
Utuh
Teguh
100.
Sanubari
Fikiran /  hati
101.
menjangkau sehabis tangan
mencuba sedaya upaya
102.
Memerangi
Membanteras
103.
inti sari
Dasar
104.
Agenda
isi utama
105.
Digagaskan
Diutarakan
106.
menyemai benih-benih
Memupuk
107.
landasan hidup
asas kehidupan
108.
membuka mata dunia
mengubah persepsi dunia terhadap kehebatan kita
109.
memberikan tamparan hebat
memberikan kesan yang serius
110.
membuka lembaran baru
mewujudkan perspektif baru
111.
Dinobatkan
Diangkat / diiktiraf / diumumkan
112.
gah di mata dunia
hebat di  dunia
113.
anak watan
Warganegara
114.
meredah gelora
mengharungi cabaran
115.
Terpahat
Tercatat
116.
Mencerminkan
Menggambarkan
117.
di peringkat jagat raya
di peringkat antarabangsa
118.
kerenah birokrasi
masalah yang timbul daripada birokrasi
119.
menyahut seruan kerajaan
menyambut seruan kerajaan dan melaksanakannya
120.
menjana ekonomi negara
memperkembang ekonomi Negara
121.
menerajui tampuk pemerintahan
mengambil alih pucuk kepimpinan/pemerintahan
122.
Mengeratkan  integrasi antara kaum
mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum
123.
memacu pembangunan negara
menjayakan pembangunan Negara
124.
serampang dua mata
tindakan yang membawa banyak manfaat
125.
menyuntik semangat
memberikan semangat
126.
Sarwajagat
seluruh dunia
127.
mencelikkan mata
memberikan kesedaran
128.
Meratapi
Menangisi
129.
anasir-anasir
unsur-unsur
130.
Berkecimpung
bergiat dalam
131.
Glamor
Popular
132.
Bermaharajalela
Berleluasa
133.
Kemudaratan
Keburukan
134.
Kemaslahatan
Kebaikan
135.
Obligasi
Tanggungjawab
136.
Kancah
Medan
137.
berjinak-jinak
mencuba-cuba
138.
membuahkan hasil
mendatangkan hasil
139.
mengeruhkan keadaan
memburukkan keadaan
140.
cabaran yang harus digalas
cabaran yang harus dipikul
141.
Swadaya
sedaya upaya
142.
ranjau kehidupan
kekangan kehidupan
143.
budaya ini semakin luntur
budaya ini semakin dipinggirkan/dilupakan
144.
kehidupan yang fana
kehidupan yang tidak kekal
145.
tiada noktahnya
berterusan/berlanjutan
146.
Menganaktirikan
Mengabaikan
147.
menimbulkan stigma negatif
menimbulkan pandangan negative
148.
pemikiran ortodoks
pemikiran lama dan tidak mahu berubah
149.
melazimi sifat keterbukaan
berhati terbuka terhadap perubahan
150.
Kebobrokan
Kerosakan
151.
mengupas isu-isu semasa
membicarakan isu-isu semasa
152.
akal yang sempit
pemikiran yang berlandaskan persepsi sendiri
153.
mencedok ilmu pengetahuan
mencari ilmu pengetahuan
154.
memerah keringat
bertungkus lumus
155.
imej Malaysia semakin bersinar
imej negara semakinmeningkat
156.
mengikut hawa nafsu
mengikut kehendak hati
157.
memberikan indikator
Menunjukkan
158.
obses dengan
terikut-ikut dengan
159.
imej negara tercalar
imej negara tercemar
160.
Kemaruk
tamak haloba
161.
golongan marhean
golongan yang susah
162.
mengambil inisiatif
mengambil langkah
163.
dalam menongkah arus globalisasi
Kini
164.
bersahsiah mulia
berperibadian cemerlang
165.
sikap cakna
sikap mengambil berat/mengambil peduli
166.
membuka ruang terhadap diri kita sendiri
menerima sesuatu dengan hati yang terbuka
167.
Merudum
rosak/merosot dengan drastic
168.
menuding jari
menyalahkan pihak lain
169.
Terkubur
Mati / pupus
170.
mengimarahkan aktivit kembali
mengadakan aktiviti semula
171.
lubuk emas
sasaran/tumpuan
172.
rencaman isu
pelbagai isu
173.
Meranapkan
Memusnahkan
174.
aral melintang
Halangan
175.
muhasabah diri
menilai diri sendiri
176.
Izharnya
Jelasnya
177.
rohaniah dan insani
nilai kemanusiaan
178.
Pidana
Kejahatan
179.
melestarikan impak yang positif
mengekalkan kesan positif
180.
cadangan yang kontruktif
cadangan yang membina

No comments:

Post a Comment