Sunday, 8 May 2016

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  (Teo Wei Sing)
RANGKAP
MAKSUD
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan dayang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.


Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.


Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.


LATIHAN BERGAMBAR SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  :
http://tse4.mm.bing.net/th?id=OIP.Mf364ecb81f836726359e504598cdf751H0&pid=15.1
http://tse1.mm.bing.net/th?id=OIP.M04b1f1d9f0b9a9c1e2704bf105b31c57o0&pid=15.1
http://tse1.mm.bing.net/th?&id=OIP.M8f838e2a726fb2c79204b951da69c3c2H0&w=237&h=299&c=0&pid=1.9&rs=0&p=0

BENTUK SAJAK ERTI HIDUP BERERTI :

1.     Sajak ini terdiri daripada ........... rangkap.
2.     Bilangan baris dalam setiap rangkap ...........................................  Rangkap pertama mengandungi ........ baris, rangkap kedua mengandungi ................. baris, dan rangkap ketiga mengandungi .......... baris.
3.     Jumlah patah kata dalam setiap baris juga ..................................................., iaitu antara .......... hingga ........ patah kata dalam sebaris.
4.     Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada ........... hingga ................. suku kata.
5.     Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: ............................, rangkap kedua: .............................., dan rangkap ketiga: .............................................
6.     Sajak ini berbentuk ..................................................
LATIHAN PENCERNAAN UNSUR KOMSAS SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  :
UNSUR KOMSAS
HURAIAN / CONTOH
NILAI
PENGAJARAN


penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.



 kasih sayang penyajak yang makin berusia terhadap anak-anaknya tetap utuh walaupun mereka menderhakainya.



Penyajak tetap tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian walaupun tidak dihiraukan oleh anak-anaknya



Penyajak seorang yang bertanggungjawab kerana mendoakananak-anaknya dikurniakan keinsafan



Penyajak berasa kecewa kerana jasanya yang membesarkan anak-anaknya tidak dihargai



Penyajak tetap mendoakan kesejahteraan hidup anak-anaknya walaupun mereka tidak mengenang jasanya yang melahirkan mereka


LATIHAN PEMAHAMAN  SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  :

i.                 Bagaimanakah keadaan hidup seorang tua dalam sajak di atas?            [2 markah]

ii.                Pada andaian anda, apakah faktor yang menyebabkan anak-anak mengabaikan ibu bapanya yang sudah tua?                                                                 [3 markah]

iii.              Analisis persoalan sajak di atas.                                                              [4 markah]



No comments:

Post a Comment