Sunday, 22 May 2016

LATIHAN TATABAHASA

a)     Tulis satu ayat daripada kata-kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya.


i)                 bernama
ii)                menamai
iii)              menamakan
iv)              ternama
v)               kenamaan
vi)              penamaan


                  (6 Markah)

b)     Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i)                 Abu memukul ular yang berlingkar di dalam reban  itu dengan sebatang kayu.
ii)                Penduduk di situ memagar kawasan tanah di kaki bukit itu.
iii)              Kami menziarahi nenek petang semalam kerana dia sakit tenat.
(6 Markah)

c)     Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i)                 Berdasar lapuran pegawai penyiasat, ternyatalah bahawa beliau telah difitnah.
ii)                Pasokan bola sepak negara akan menjalankan latihan pusat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
iii)              Perlancaran kempen keselamatan jalan raya akan diresmikan oleh Perdana Menteri.
(6 Markah)

d)     Dalam setiap  ayat di bawah ini terdapat  dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i)                 Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM akan diberi latihan insentif bermula daripada minggu hadapan.
ii)                Oleh kerana dia menunggang motosikalnya terlalu laju, motosikalnya tersembam  ke dalam longkang.
iii)              “Simpanlah semua barang-barang kamu di tempat yang elok,” kata pengawal  keselamatan itu kepada Ali.
(6 Markah)

e)     Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.


Sikap malu untuk  bertanya tentang pelajaran akan hanya membawa keburukan  kepada seseorang pelajar. Guru mungkin beranggapan bahawa para pelajarnya sudah memahami pelajaran yang diajarkan. Sebagai akibatnya, pelajar mungkin tidak dapat menjawab soalan  peperiksaan dengan baik. Akhirnya, mereka akan gagal dalam pelajaran dan segala penat lelahnya sia-sia belaka. Oleh yang demikian, sikap malu bertanya perlu dielakkan kerana yang rugi ialah pelajar itu sendiri. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus mengikis sikap malu bertanya. Selain melipatgandakan usaha dengan menghadiri kelas tambahan dan mengadakan kumpulan belajar, pelajar yang rajin berusaha akan mendapat apa-apa yang dicita-citakan. Sesungguhnya, tiada kejayaan yang dapat diperoleh hanya dengan berpeluk tubuh saja.
                                                                        (6 Markah)

                                                                                    Disediakan oleh: Muin Mohsein





No comments:

Post a Comment