GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
RANGKAP
|
SYAIR
|
MAKSUD
|
1
|
Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
|
Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik
terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat / Penulis berkata bahawa manusia yang
kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi masalah
yang dihadapinya.
|
2
|
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa
|
Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia. / Penulis berkata bahawa manusia
mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa-apa supaya dapat mengelakkan
sebarang perselisihan faham waima persengketaan.
|
3
|
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas. (RACUN YG DIPERBUAT DARIPADA GETAH POKOK)
|
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan
hidup masyarakat./ Penulis berkata bahawa manusia yang suka marah akan
orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati akan melukakan perasaan
orang lain.
|
4
|
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
|
Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang
sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar./ Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang
kasar dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai masalah.
|
5
|
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
|
Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah / Penulis berkata
bahawa manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam
kesedihan.
|
6
|
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
|
Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara
itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
/ Penulis menasihati kita agar tidak
sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan faham
harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
|
7
|
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
|
Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang
sesuai untuk diamalkan. / Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan
sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak dapat memanfaatkan
kita.
|
8
|
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar
|
Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut
ilmu./ Penulis berkata bahawa ilmu
pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan
kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
|
9
|
Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
|
Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya
mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
/ Penulis berkata bahawa kehidupan di
dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya
|
10
|
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya
|
Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang
didampinginya/ Penulis
berkata bahawa seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan
melalui pergaulannya.
|
11
|
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
|
Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan
fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra/ Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik
biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa
bersama di mana-mana sahaja.
|
12
|
Sifat-sifat
yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman, (PANDAI DAN BIJAK)
Dipandang sebagai bonda di taman
|
Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung
tinggi.
/ Penulis berkata bahawa seseorang yang
berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
|
13
|
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan
|
Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang di
sekelilingnya.
/ Penulis berkata bahawa seseorang yang
murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat.
|
14
|
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
|
Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan
dan pertolongan / Penulis
berkata bahawa seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan
menjadi tempat untuk meminta bantuan.
|
15
|
Perbuatan yang
Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
|
Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa / Penulis berkata
bahawa seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang
orang pada bila-bila masa
|
16
|
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
|
Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum
menolong sesama manusia /Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri
sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain
|
17
|
Sifat-sifat
yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit
|
Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan
sesama manusia tidak harmoni./ Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati
terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
|
18
|
Barang siapa berbuat khianat, (BELOT)
Tuhan kelak memberi laknat. (SUMPAHAN)
Kalung Bunga Za’ba, 2008 , Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan
pasti akan melaknati orang yang berbiat demikian
/ Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati orang lain akan
mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari.
|
LATIHAN
PENGUKUHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba) 2:
HURAIAN
|
PENGAJARAN
|
NILAI
|
Penulis menasihati kita agar
berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham
dan sengketa sesama manusia.
|
Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih
dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham
|
Nyatakan nilai berdasarkan huraian
|
Penulis mengingatkan kita supaya bijak dalam memilih sahabat dan taulan di
dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan
|
Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang
lurus dan benar
|
Nyatakan nilai berdasarkan huraian
|
kita dituntut
agar sentiasa menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
|
Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan sengketa
|
Nyatakan nilai berdasarkan huraian
|
kita dinasihati oleh penulis agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu
dan kemahiran.
|
Kita mestilah rajin belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
|
Nyatakan nilai berdasarkan huraian
|
Penulis menjelaskan bahawa perbuatan
mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan sesama manusia
tidak harmoni.
|
Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga
boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia
|
Nyatakan nilai berdasarkan huraian
|
Penulis
memerihalkan bahawa seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
|
Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar
dikenang orang
|
Nyatakan nilai berdasarkan huraian
|
Soalan Pemahaman:
(i) Apakah maksud silang
selisih dalam gurindam di atas? [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada dalam
setiap tindakan kita? [4 markah]
No comments:
Post a Comment