LATIHAN KARANGAN
USAHA MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENGUNJUNGI PESTA BUKU
MENAWARKAN
POTONGAN HARGA MENGADAKAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
MENGADAKAN
SESI BERAMAH MESRA DENGAN PENULIS
MAKLUMAT
KARANGAN:
-
‘Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’ / pesta buku
kerap diadakan di negara kita oleh pelbagai pihak setiap tahun sebagai salah
satu cara untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia /
usaha yang berterusan perlulah dilakukan agar jumlah pengunjung ke pesta buku
bertambah dari semasa ke semasa. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk
menggalakkan masyarakat mengunjungi pesta buku? / potongan harga yang ditawarkan
kepada pengunjung dapat menggalakkan pengunjung datang ke gerai-gerai
peserta / peserta pesta buku boleh menjual lebih banyak
buku kerana pengunjung mampu membayar buku-buku yang diminati / pengunjung
pesta buku amat teruja untuk membeli buku-buku atau majalah-majalah keluaran
lepas yang diberi diskaun semasa pesta buku berlangsung / mempelbagaikan aktiviti menarik / dapat mengelakkan rasa bosan semasa
berkunjung ke pesta buku / pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,
pertandingan cabutan bertuah, dan sebagainya / mengadakan sesi ramah mesra antara
penulis buku dengan pengunjung / menarik lebih ramai pengunjung kerana
pengunjung boleh mengenali penulis buku yang diminatinya dengan lebih dekat
lagi / Ibarat orang mengantuk yang
disorongkan bantal, pengunjung perlu merebut peluang yang diberikan ini
kerana bukan mudah untuk bersemuka dengan penulis yang diminati / amalan membaca sangat penting untuk
melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan matang akal fikiran /
diteruskan dalam usaha untuk menggalakkan masyarakat membaca kerana banyak
faedah yang bakal diperoleh oleh pengunjung. / semua
pihak perlulah berganding bahu dan melangkah sederap dalam memberi
sokongan kepada penganjur pesta buku
supaya masyarakat kita dapat menyediakan generasi pelapis bakal pemimpin
yang akan menerajui negara ke mercu kejayaan pada satu masa nanti / generasi
berilmu penjana kemajuan dan kemakmuran negara kita.
No comments:
Post a Comment