Tuesday 3 May 2016

LATIHAN TATABAHASA PT3

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)  Galakan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan pretasi murid-murid.

ii) Ibu sedih kerana adik perlu dimasukan ke dalam wad untuk rawatan susulan.

iii) Pejabat pos itu menjual pelbagai  stem sempena Hari Warga Tua Sedunia yang disambut baru-baru ini.

iv) Afifah perlu membuat keputusan samada perlu melanjutkan pelajaran atau berkahwin.

v) Usaha  menggalakan belia yang tidak bekerja menceburi perniagaan satu strategi yang bijak.

vi) Gambarajah  bulat itu dilukis oleh murid-murid dengan mengguakan jangka lukis.           [3  Markah]


2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

i) Ketiga kakaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi tadi.

ii) Pengelola majlis itu mengkhaskan kerusi di sebelah kanan pentas untuk tetamu kehormat.

iii)  Kunci kereta yang saya temui ketika pulang dari sekolah diserahkan kepada guru bertugas.

iv) Pakar di Pusat Perubatan Cermat itu sedang memeriksa gendang telinga pesakit di bilik kecemasan.

v) Kedua-dua kenderaan itu telah bertembung di selekoh tajam dan  terbalik beberapa kali.

vi) Para siswazah di dewan itu saling bersalaman setelah peperiksaan akhir mereka selesai.

vii) Dato Ali  mempunyai ramai penyuruh agar tugas sehariannya menjadi mudah dan lancar.

iix) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.                                                                                                         [8  Markah]


3.
a) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.

i) Akmal ditangkap oleh guru disiplin kerana menghisap rokok di belakang kantin.

ii) Sampah yang bertaburan di atas lantai itu telah saya bersihkan pagi tadi.

iii) Amy dan rakan-rakannya sedang bermain bola sepak di padang sekolah walaupun hujan lebat.

iv) Anak Encik Sallih yang sulung guru sementara di sekolah kami.

v) Jalan raya itu menjadi licin setelah hujan turun dengan lebat pagi tadi.
[5 Markah]

b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah

i) "Jemput makan hidangan yang saya sediakan ini," pelawa Puan Lim kepada para tetamunya.


ii) “ Kamu mesti  selalu mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan,” pesan ayah kepada Abu.


iii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.


iv) “ Wah, cantik sungguh kereta yang baru kamu beli ini!” kata Mary kepada Ghee


v) "Patik akan menjunjung titah perintah tuanku demi kedaulatan negeri Melaka,"  sembah Hang Tuah kepada Sultan Mahmud                                                                                                              [5 Markah]


12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cikgu , apa jawapan untuk soalan 2 v. ?

    ReplyDelete
  3. cg , apa jawapan bagi 2 (v)

    ReplyDelete
  4. apa jawapan no.2 (v)

    ReplyDelete
  5. soalan no.4 no.2 ape eh jawapan die?????

    ReplyDelete
  6. Bole x send jawapan sekali?

    ReplyDelete
  7. kalau ade jawapan.It will be perfect

    ReplyDelete
  8. soalan1.(vi) mengguakan typo ke

    ReplyDelete
  9. gggggggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkkkkkkkkdddddddddd

    ReplyDelete
  10. xxuuiii

    ;;;''''[;;;;;;;;'''''''''''

    ReplyDelete