Thursday 12 May 2016

PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

PENGGUNAAN UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1.    Prinsip moral  merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun ditekankan dalam prinsip  Confucius yang berpaksikan ‘ren’ (perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan)  dan  ‘xiao’ (ketaatan ).


2.    Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan.

Diadaptasi daripada hasil: Tham Han Wei   4s1 SMK Jitra- Pusat Tuisyen SISKOM, Jitra.


3.    Perdana Menteri; Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa walaupun di negara kita terdapat industri lain yang berdaya saing tetapi beliau menyeru rakyat Malaysia agar  melibatkan diri dalam industri pertanian kerana  sektor tersebut merupakan warisan negara kita dan Malaysia mempunyai segala-galanya sebagai pendorong kepada industri  tersebut untuk berkembang maju.

4.    Sejarawan dunia iaitu Herodotus  pernah berkata bahawa  sesiapa yang tidak berusaha memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.


5.    Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa  kejayaan mendidik anak-anak merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka.  Justeru, didiklah anak-anak sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6.    Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa  untuk mencari ubi galilah tanah sekaki tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin.


7.    Cendekiawan terkemuka dunia iaitu  Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa  tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung  tanpa mendakinya.

8.    Menteri Pelajaran iaitu Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa  jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh ladang boleh musnah. Justeru, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


9.     Pelajar cemerlang SPM 2004 iaitu Nur Amalina menmyatakan bahawa Sesiapa yang menyerah kalah sebelum berusaha maka orang itu telah gagal dan tidak berilmu tetapi orang  gagal yang terus berusaha merupakan orang yang bijaksana dan berjaya.  Beliau juga menyatakan bahawa  untuk mendapatkan hasil yang baik bukanlah senang dan untuk merealisasikan impian bukanlah mustahil jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Diadaptasi daripada hasil: Siventhiran A/L Balakrishnan  5 GAMMA  Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (Pusat Tuisyen Skor)



Disediakan oleh: Muin Mohsein

1 comment:

  1. Terima kasih atas Tunjuk ajar, bimbingan dan kesudian cikgu. Semoga Tuhan merahmati cikgu Muin sekeluarga! -SIVEN-

    ReplyDelete