Peranan
ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat yang
cemerlang.
Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Demikianlah satu proklamasi yang menggambarkan kepentingan
golongan remaja atau lebih dikenali sebagai generasi Y dalam menerajui
kepimpinan negara suatu ketika nanti. Namun, sayang seribu kali sayang,
dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan sahmura ini. Menurut kajian
yang sahih antara masalah yang membabitkan golongan ini sehingga menjadi
buah mulut orang ramai dan menimbulkan kontroversi ialah gejala vandalisme, buli, gangsterisme
dan entah seribu satu macam lagi gejala. Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa
yang mendukung? Oleh itu, keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam
usaha menangani gejala sosial lantaran institusi keluarga diibaratkan seperti
batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting
dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan
secara besar-besaran. Persoalan yang bermain di ruang legar minda kita
, apakah peranan yang perlu dilaksanakan
oleh institusi keluarga dalam menangani masalah yang menjadi duri dalam
daging ini?
Peranan
yang dianggap dominan ialah golongan ibu bapa wajar mencurahkan
kasih sayang kepada anak-anak
mereka. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini kerana ibu bapa
bertanggungjawab mengasuh anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak
ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap
sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis
sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan atau materialistik
yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan urusan
kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Sebagai uswah, pada
hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti riadah bersama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah
sedar bahawa anak-anak diibaratkan
seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sudah terang lagikan bersuluh,
ibu bapa perlu mengimbangi kepentingan keluarga dan tuntutan kerjaya kerana anak-anak amat memdambakan kasih sayang seorang bapa
dan ibu.
Bukan itu sahaja, pada
masa yang sama, golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan
agama dan moral yang sempurna. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata! Lantaran itu, ibu bapa
perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja
kerana didikan agama dan moral mampu mendorong remaja membezakan antara intan dengan kaca lantas
melatih remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesetengah ibu bapa
bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan
makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan
bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna.Secara
analoginya, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran
agama kepada anak-anak mereka sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justifikasinya,
didikan agama yang dibekalkan dapat memastikan
anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan
rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam kancah maksiat atau tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan
merosakkan nama baik sesebuah keluarga.
Peranan terakhir yang juga dianggap
signifikan termasuklah ibu bapa
haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Oleh hal yang
demikian, Ibu bapa perlu memastikan
segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan
diperhatikan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa mereka
merupakan cermin kepada anak-anak. Cuba kita bayangkan, dapatkah ibu
bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok mendidik
anak-anak mereka agar tidak merokok juga? Tepuk dada tanya selera!
Ghalibnya, ibu bapa perlulah mengatasi setiap kelemahan yang ada pada diri
mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah
pada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam
menyuruh yang anaknya berjalan betul. Izharnya,
melalui contoh yang baik, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat
buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang
mampu menghancurkan masa depan mereka.
Sebagai penutup
wacana, gejala sosial yang menjadi api dalam sekam perlu
dihapuskan dari akar umbinya kerana api kecil baik dipadam.
Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan
ampuh bagi memastikan golongan remaja tidak akan dijangkiti sebarang penyakit
sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya,
mereka perlu dibimbing agar menjadi
modal insan yang berintegriti dan
berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang
berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan dan bukan retorik semata-mata.
Untuk SPM ???
ReplyDeleteyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaa
Deletesangat brmanfaat
ReplyDeleteSangat .,..Wow .
ReplyDeleteterlampau power nii
ReplyDeletePower giler
ReplyDeleteKarangan yang sangat, sangat bagus
ReplyDeleteINGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA
ReplyDeleteKharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
Link Alternatif Kharismapoker :
www.khpk288.net
www.kharismapkr.com
www.kharismaqiu.com
CS nya yang ramah , siap melayanani anda 24 jam
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
Contact resmi kharismaPoker :
Telp :+85588278896
BBM;dc7cdd80
WA: +85588278896
Apakah maksud golongan sahmura?
ReplyDelete