Tuesday 13 August 2013

PERIBAHASA



 PERIBAHASA @ MAKSUD


2.
Ada angin ada pohonnya.
Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
3.
Ada bangkai adalah kering.
Ada perempuan jahat di situlah juga terdapat lelaki jahat.
4.
Ada batang mati, adalah cendawan timbul.
Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.
5.
Ada beras taruh dalam peti, ada ingat taruh dalam hati.
Rahsia hendaklah disimpan dengan sebaik-baiknya.
6.
Ada bukit ada paya.
Kaya dan miskin, senang dan susah adalah lumrah hidup manusia.
7.
Ada gula adalah semut.
a. Orang berharta dan berkedudukan mempunyai banyak kawan. b. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, di situlah orang bertumpu.
8.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.
9.
Ada kari ada nasi.
Seseorang akan beroleh rezeki selagi masih hidup.
10.
Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau.
Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.
11.
Ada padang ada belalang.
Ada negeri adalah rakyatnya.
12.
Ada padi masak adalah pipit.
Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.
13.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran.
14.
Ada rotan ada duri.
Dalam kesenangan tentu ada kesusahan juga.
15.
Ada rupa ada harga.
Sesuatu yang mahal itu biasanya bermutu dan cantik.
16.
Ada sampan hendak berenang.
Ada perkara yang senang tetapi sengaja hendak bersusah payah.
17.
Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.
18.
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
Setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.
19.
Ada udang di sebalik batu.
Ada maksud di sebalik sesuatu perbuatan.
20.
Adakah buaya menolak bangkai?
Seseorang yang jahat, akan cuba berbuat jahat sekiranya ada kesempatan.
21.
Adakah dari telaga yang jernih mengalir air yang keruh?
Tidak mungkin orang yang daripada keturunan baik-baik melakukan perbuatan keji.
22.
Adakah duri dipertajam?
a. Orang cerdik tidak guna ditunjuk ajar. b. Musuh tidak perlu diberi pertolongan.
23.
Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.
Orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya.
24.
Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.
Tidak mementingkan diri sendiri.
25.
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan syarak.







Adat diisi janji dilabuh.
Adat dilaksanakan, persetujuan ditepati.
27.
Adat diisi lembaga dituang.
Mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaannya.
28.
Adat gajah terdorong.
Orang yang berkuasa kerap menyalahgunakan kuasanya.
29.
Adat juara menang kalah.
Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya.
30.
Adat lama pusaka usang.
Adat yang kekal sejak zaman berzaman.
31.
Adat muda menanggung rindu.
Hidup harus menanggung berbagai-bagai dugaan.
32.
Adat pasang turun naik.
Segala di dunia ini tidak tetap keadaannya.
33.
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
Setiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.
34.
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.
Semua pekerjaan perlu mengikut adat dan peraturannya.
35.
Adat teluk timbunan kapal.
Orang berpangkat menjadi tempat orang meminta pertolongan.
36.
Agih-agih kungkang.
Terlalu memberi kepada orang lain sehingga menyusahkan diri sendiri.
37.
Air beriak tanda tak dalam.
Banyak bercakap tanda tidak berilmu.
38.
Air berkocak tanda tak penuh.
Banyak bercakap tanda tidak berilmu.
39.
Air besar batu bersibak.
Saudara dan sahabat berpecah belah apabila berlaku perselisihan besar.
40.
Air besar sampan tak hanyut.
Maksud yang tidak tercapai.
41.
Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan.
Seseorang anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya.
42.
Air dalam berenang, air dangkat bercebok.
Perbelanjaan berdasarkan pendapatan kita.
43.
Air di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap.
Seseorang anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya.
44.
Air dicincang tiada putus.
Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu.
45.
Air digenggam tiada tiris.
Sangat berhati-hati membelanjakan wang.
46.
Air diminum sembiluan.
Terlalu sedih sehingga tidak lalu makan dan minum.
47.
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.
Terlalu sedih sehingga tidak lalu makan dan minum.
48.
Air ditetak tidak akan putus.
Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu.
49.
Air dititik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
Membesar-besarkan perkara yang kecil.
50.
Air jernih ikannya jinak.
Negeri yang aman dan rakyatnya bersopan santun.





Cacing hendak menjadi naga.
Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya.
2.
Cacing menelan naga.
Orang lemah yang dapat mengalahkan orang yang kuat.
3.
Cacing menjadi ular naga.
Orang yang hina menjadi mulia.
4.
Cakap berdegar-degar tumit di keting.
Orang yang bercakap besar tetapi sebenarnya penakut.
5.
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.
Cakap sahaja yang besar tetapi tiada satu pun pekerjaan yang dilakukan.
6.
Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada.
Cakapnya sahaja seperti orang kaya, padahalnya miskin.
7.
Cakapan sejengkal dibawa ke hasta.
Cakap berlebih-lebihan daripada perkara yang sebenarnya.
8.
Campak baju nampak kurap.
Mendedahkan keburukan diri sendiri.
9.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
10.
Campur dengan pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak.
Sekiranya kita bercampur dengan orang jahat, sedikit sebanyak akan jadi jahat juga.
11.
Cari umbut kena buku.
Mencari yang baik, dapat yang tidak baik.
12.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.
13.
Cekur jerangau belum habis lagi.
Masih terlalu muda.
14.
Cekur jerangau masih ada lagi di ubun-ubun.
Masih terlalu muda.
15.
Cencaru makan petang.
Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik.
16.
Cepat kaki ringan tangan.
Orang yang rajin dan pantas bekerja.
17.
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahan, cepat mulut terkatakan.
Melakukan sesuatu dengan tidak memikirkan buruk baiknya boleh mendatangkan kesusahan.
18.
Cerdik bagai ekor kerbau.
Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
19.
Cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh juga.
Kecerdikan atau kebodohan orang besar akhirnya menyebabkan orang kecil yang akan menanggung kerugiannya.
20.
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.
Berhati-hati semasa berbelanja, atau semasa menggunakan sesuatu.
21.
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
Gadis hartawan yang cantik tidak akan berjodoh dengan pemuda miskin dan hodoh.
22.
Condong ditumpil, lemah dianduh.
Memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan miskin.
23.
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.
Setiap orang akan lebih suka kepada keluarganya daripada keluarga orang lain.
24.
Condong yang akan menimpa.
Perbuatan yang sangat berbahaya.
25.
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.
Pemimpin yang akan menolong dan menjaga kepentingan rakyatnya.




No comments:

Post a Comment