Saturday 17 August 2013

FOKUS PERCUBAAN :Latar Novel Azfa Hanani


Latar Novel Azfa Hanani

LATAR TEMPAT
Makmal kimia
Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
Bilik pengetua
Ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.
Hotel Universe
Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.
Banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur
Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini.
Sekolah Menengah Taman Sari
Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatanlima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

LATAR MASA
Selama beberapa bulan
Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah. 
Pada waktu malam
Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. 
Pada waktu petang
Semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17. 
Pada waktu pagi
Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya.
Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan. 
Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya.
Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. 
Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.
Masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga. 
Masyarakat yang berpegang pada janji.
Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. 
Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa.
Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

No comments:

Post a Comment