Tuesday 20 August 2013

KARANGAN - SEMANGAT KEBANGSAAN

                      Bagai mencurahkan air ke daun keladi. Begitulah senario yang dapat digambarkan dalam usaha kerajaan untuk memupuk semangat kebangsaan . Semangat kebangsaan atau nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Namun kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dan menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan sebelum kemerdekaan.Menurut Perdana Menteri,semangat nasionalisme dalam kalangan setiap insan di negara kita amat diperlukan agar negara dapat menjapai kejayaan dipersada antarabangsa dan setaraf dengan negara yang pesat memebangun bak kata pepatah Melayu 'duduk sama rendah,bediri sama tegak'. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk memupuk semangat nasionalisme. Namun kempen yang diimplementasikan menjadi kurang ampuh disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak lagi menyanjung prinsip dimana bumi dipijak ,di situ langit dijunjung. Ironisnya, apakah punca-punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku.

                           Punca dominan yang ditelusuri melalui kajian dan dianggap signifikan yang menyebabkan keadaan ini brlaku ialah kurang tersemai nilai nasionalisme dalam diri mereka kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah .Hal ini demikian kerana mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh tokoh  nasionalis kita.generasi muda ini dilahirkan semasa negara kita dalam keadaan aman damai serta mengalamipertumbuhan ekonomi yang amat pesat . Negara kita pada zaman pascamoden ini boleh dikatakan berdiri sama tegak, duduk sama rendah dengan negara-negara yang telah lama mencapaikemerdekaan daripada kita, tamsilnya Australia, Jepun, Koreadan China. Oleh hal yang demikian, generasi muda perlu mengharhai pengorbanan tokoh-tokoh nasionalis kita. Sebagai contoh, Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela dan lain-lain lagi. Jangan tanya apa yang nagara buat untuk anda, tetapi tanya apayang anda buat untuk negara. Oleh itu, kemewahan dan kesenangan yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalis dalam diri mereka.

                          Selain itu, sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi cinta akan negara. Mengapa  dikatakan begitu ? Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah hanya menekankan aspek 3M. Lanjutan daripada KBSR Kementerian Pelajaran pula melaksanakan pula Kurikulum Bersepadu pada tahun 1993. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kurikulum ini menjurus ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan .Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah-sekolah menengah berasrama penuh menjadikan kelulusan yang cemerlang sebagai kayu pengukur. Dalam pada  itu, mata pelajaran khusus untuk memebina dan menyemai semangat nasionalis kurang diberi penekanan. Fenomena ini boleh diibaratkan sebagai sikap remaja yang alur bertempuh, jalan berturut. Jelaslah bahawa, generasi muda kurang mempunyai semangat kebangsaan disebabkan oleh sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah generasi yang cinta akan negara.

                         Sehubungan dengan itu,setiap penyakit tentu ada penawarnya. Oleh itu Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara kita.Untuk mencapai sesuatu yang tinggi, kita perlu memulakan daripada yang rendah.Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral perlu diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Kesan daripada sistem pendidikan menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Sistem pendidikan yang tidak mantap merupakan satu elemen yang menipiskan nasionalisme dalam kalangan generasi kini. Sebagai contoh, para pelajar akan didedahkan mata pelajaran kenegaraan sejak peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga keperingkat pengajian tinggi.Terbukyilah bahawa segala perbuatan kita akan mencorakkan masa depan generasi kita.

                             Sementelahan, media massa baik media bercetak mahupun elektronik memainkan perenan penting ke arah melahirhan masyarakat yang cinta akan negara. Hal ini kerana modus operandi yang diambil oleh Kementerian Penerangan untuk menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsurkan penerangan semangat kebangsaan bertepatan sekali dan patut diberi pujian. Usaha ini dapat diimplementasikan secara berkesan lagi melalui bantuan orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.Melalui saluran daripada media massa golongan muda juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup orang dahulu yang berada di bawah naungan kuasa penjajah. Berpegang pada prinsip biar mati seperti kutu,jangan mati seperti tuma, stesyen televisyen  perlu menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negera sendiri.         

                    Di samping itu, kerajaan perlu mengimplementasikan kempen diperingkat kebangsaan . Kempen yang dilancarkan perlu diadakan secara berterusan dan menyeluruh .Hal ini kerana kempen yang dilancarkan hanya terhad di kawasan bandear sahaja .Fenomena ini menyebabkan golongan muda di luar bandar kurang mendapat pendedahan. Sebagai contoh, Kempen Cinta Akan Negara yang dilaksanakan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Usaha ini dapat dijayajan lagi dengan membuat iklan melalui brosur dan media massa. Walaubagaimanapun kerajaan perlu mengadakan pelbagai aktiviti melalui kempen tersebut sperti ceramah diluar bandar dan pusat bandar,pertandingan mendeklamasikan sajak dan sebagainya untuk menarik minat golongan muda. Cendekiawan terkemuka iaitu Ibnu Khaldun bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke gunung tanpa mendakinya. Oleh itu,kerajaan perlulah berusaha mengambil modus operandi yang berbeza untuk menjayakan usaha kerajaan ini bak kata pepatah Melayu 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dengan itu, kerajaan perlulah mengimplementasikan kempen.
                Secara tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia kita perlu melakuksn anjakan paradigmadan bertanggungjawab serta tidak boleh memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Sesungguhnya masyarakat tidak boleh memandang ringan gejala inidan harus ingat bahawa pemuda  hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara kerana patah tumbuh hilang berganti. Lantaran itu, kita perlulah melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa. Ingatlah lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya tetapi Aladdin yang menggosokannya terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment