Thursday 8 August 2013

Prosa Tradisional Tingkatan 5


PROSA TRADISIONAL:

Prosa Tradisional
Sinopsis
Tema / Persoalan
Nilai
Hikayat Langlang Buana

      Menampilkan seorang wira yang dalam pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu.  Prosa juga mengemukakan watak wira yang serba boleh,  Raja Indera Bumaya mampu bertukar-tukar rupa untuk mendekati puteri yang dihajatinya.  Baginda juga mampu menyeru jin untuk membantunya berperang.  Pembaca turut  dihidangkan dengan penggunaan pantun dalam berkomunikasi bagi menyampaikan hasrat dan hajat.  Pantun ini mengandungi makna yang  mendalam.
- Kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki hati puteri idamannya
- kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan
- kebijaksanaan dalam menggunakan akal fikiran untuk memperoleh sesuatu yang dihajati
- sikap manusia yang berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang
-  taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah

·         Hormat-menghormati
·         Setia
·         Berani
·         Kasih sayang
·         Kegigihan
·          Tanggungjawab

Hikayat Siak

       Penulis menghidangkan kisah waris Marhum Mangkat Dijulang, iaitu Tuan Bujang.  Dalam mempertahankan haknya, Tuan Kecik telah pergi ke Mengkalis dan orang Minangkabau yang berada di sana telah menjunjung duli dan memberi taat setia kepadanya.  Raja Kecik kemudiannya telah berpakat dengan Raja Bugis untuk menyerang Johor.  Setelah berjayamenawan kembali Johor, Raja Kecik telah diduga dengan permintaan rakyatnya di sana untuk menawarkan air yang masin bagi membuktikan kesahihan bahawa baginda benar-benar merupakan waris Marhum Mangkat Dijulang.  Dengan kejayaan baginda menghadapi dugaan itu, akhirnya baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Raja Johor
- keistimewaan keturunan raja yang berdaulat yang menuntut bela atas kematian ayahandanya dan merampas semula takhta kerajaan miliknya
- kehebatan kuasa daulat yang dimiliki oleh pewaris raja yang sebenar
- kebijaksanaan mengatur strategi perang dan menggunakan akal fikiran
- taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah
- melakukan sesuatu tindakan secara terburu-buru tanpa mengawal hawa nafsu

·         Kasih sayang
·         Nasihat-menasihati
·         Bijaksana
·         Berani
·         Muafakat
·         Kegigihan
·         Kesetiaan
·          Tanggungjawab
Dua Geliga Hikmat

       Menampilkan wira yang dalam pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu dan engemukakan watak wira yang serba boleh.  Watak Inderaputera digambarkan lebih realistik.  Watak ini menggunakan akalnya dan kekuatan yang ada padanya sebagai manusia untuk berdepan dan menewaskan jentera yang berupa haiwan yang menjaga istana puteri kayangan yang memiliki geliga hikmat..

·         Keberanian, kegagahan, keperkasaan dan  kehebatan seorang lelaki yang tiada tolok bandingnya
·         Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati
·         Cabaran  dalam kehidupan yang perlu dihadapi dengan berani dan bijaksana
·         Kebijaksanaan bertindak dan berfikir menyelesaikan masalah
·         Membantu orang yang mengalami kesusahan

·         Kasih sayang
·         Bijaksana
·         Rasional
·         Berani
·         Bantu-membantu
·         Sopan santun


Hikayat Opu Daeng Menambun

      Kisah Opu Daeng Lima Bersaudara yang berjaya meluaskan pengaruh dan pemerintahan mereka di Tanah Melayu.  Keupayaan mereka diperakui oleh raja-raja Melayu di Nusantaraa ini.  Mereka sering meminta bantuan daripada Opu Daeng Lima Bersaudara semasa mereka berada dalam kesusahan.  Sebagai balasan, Opu Daeng Lima Bersaudara diberi jawatan tertinggi dalam kerajaan dan ada juga yang mengahwinkan anakanda atau saudara mereka kepada Daeng-daeng tersebut.  Daripada kisah peluasan pemerintahan ini, para pembaca dapat melihat kekuatan ikatan persaudaraan, keberanian, dan kebijaksanaan mereka merancang untuk meluaskan pengaruh dan ketuanan mereka di kawasan ini.  Secara keseluruhannya, kisah yang dibawa ini mengandungi nilai-nilai positif yang perlu diterapkan dalam menjaga hubungan diplomatik dan keutuhan pemerintahan sesebuah negeri

·         Kebijaksanaan, kehebatan dan kepahlawanan lima bersaudara bagi meluaskan pengaruh dan ketuanan
·         Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah
·         Mengembalikan maruah bangsa
·         Perpaduan dan permuafakatan demi menjamin kejayaan
·         Penghargaan terhadap khidmat atau pertolongan yang diberikan
·         Keberanian
·         Muafakat
·         Kasih sayang
·         Kegigihan
·         Perpaduan


No comments:

Post a Comment