Tuesday 6 August 2013

Penggunaan Penanda Wacana


Penggunaan Penanda Wacana / Ungkapan Menarik Dalam Penulisan Karangan

Perenggan Pendahuluan: Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..... / Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka...  / Pernahkah terlintas dalam gawang minda  kita bahawa....  / Senario ini perlu ditangani sebelum  menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......

Perenggan Isi – Punca / Sebab: Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. / Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. / Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Tambahan pula,   kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.


Perenggan Isi – Langkah / Usaha: Usaha pasti akan membuahkan hasil seandainya  pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. / Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. / Perkara yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. / Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik dan jitu memerlukan obligasi selain komitmen yang tinggi daripada semua pihak serta mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula daripada langkah yang pertama.

Perenggan Isi – Isu tentang Remaja: Berpeganglah pada kata-kata keramat ini;  “pemuda mestilah bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi daripada gunung Singgalang, lebih tinggi daripada gunung Merapi, yang lebih tinggi daripada gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi daripada bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.”. / Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang yang belum keras ubun-ubunnya dan masih hijau masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca atau batu kelikir.  / Alim ulamak pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk merupakan `anak yatim.` / Seorang tokoh cendekiawan  pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai budaya hedonisme. / Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan ini; “berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia.” /  Janganlah diabaikan pesanan ahli falsafah Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. / Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan aset yang paling berharga. / Falsafah pemikiran Imam al-Ghazali ada menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. / pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Perenggan Isi – Isu tentang Keluarga: Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. / Didikan agama atau kerohanian perlulah mantap kerana Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. /  Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. / Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
               
Perenggan Penutup:     Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah..../  Kita tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri. /  Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang....

No comments:

Post a Comment