Nilai Murni dalam Kembara Amira
1. Tolong-menolong - sebagai contohnya, Itai menolong
Amira dengan menyelamatkannya daripada lemas di sungai. Jacinta pula membawakan
Amira makanan untuk makan malam ke khemahnya.
2. Kerjasama - contohnya Itai dan Ludin memberikan
kerjasama dalam gerakan atau usaha untuk mencari Malique yang hilang.
3. Hormat-menghormati - contohnya Amira menghormati
emaknya dan juga orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin dan tidak pernah
meninggikan suara atau bersikap kurang sopan kepada mereka.
4. Kegigihan - contohnya Amira gigih berusaha untuk
mencari Malique yang hilang dengan bantuan Itai. Pelajar-pelajar Profesor
Zaidah pula gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan
itu walaupun diganggu oleh pelbagai bunyi pada waktu malam.
5. Kasih sayang - contohnya ibu Amira amat menyayanginya
dan ada masa untuknya walaupun dia sibuk dengan tugasnya. Jennifer pula sayang
akan anaknya iaitu Malique dan sanggup datang ke hutan itu untuk mengikuti
perkembangan dan keadaannya setelah mendapat berita bahawa anaknya itu hilang
di dalam hutan..
6. Kesabaran dan ketekunan - contohnya pelajar-pelajar
Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak
ekskavasi atau kerja lapangan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan
rintangan.
7. Taat akan agama – selepas menunaikan solat subuh,
semua pelajar masih tidur kerana keletihan. Amira mengqada solat Subuh apabila
sampai di Stesen Dahan Hijau kerana tidak sempat menunaikannya semasa di dalam
kereta api.
8. Belas kasihan – Pak Lias kasihan kepada Amira iaitu
apabila Profesor Zaidah seolah-olah tidak mempedulikan anak tunggalnya itu.
9. Sayang akan alam sekitar - Tau dan Malique tidak suka
akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang terdapat di
dalam hutan itu.
10. Keikhlasan - Ludin merawat tangan Profesor Zaidah
yang terseliuh dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional setiap hari
dengan ikhlas.
11. Mengakui kesilapan - Profesor Zaidah mengakui
kesilapannya iaitu pada mulanya dia kurang yakin dengan rawatan yang hendak
diberikan oleh Ludin tetapi cara rawatan yang diberikan oleh Ludin benar-benar
berkesan. Beliau juga mengakui kesilapannya yang mengabaikan Amira hingga dia
hampir mati lemas di sungai kerana terlalu mementingkan kerjanya.
No comments:
Post a Comment