Monday 12 August 2013

PERIBAHASA – PERUMPAMAAN


PERIBAHASA – PERUMPAMAAN

Bagai bersahabat dengan ular      Bagai dakwat dengan kertas      seperti telur di hujung tanduk
Bagai cacing kepanasan              Bagai belut diketil ekornya          Bagai bunyi cempedak jatuh

Bagai diiris dengan sembilu         Bagai duri dalam daging             Bagai bulan empat belas


PERIBAHASA

MAKSUD
PENGGUNAAN DALAM AYAT

Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.
Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya kerana mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka seperti ………………………


 Cepat sekali.


Pertandingan acara lumba lari itu  dibolot oleh Alice disebabkan kepantasan lariannya bagai ………………..

.


Berkawan dengan orang yang jahat.


Ali sudah pandai balik lewat malam dan  mengingkari nasihat ibu bapanya.  Sikapnya mula  beruabah sejak dia berkawan dengan remaja di persimpangan kedai itu.  Pergaulan Ali ini bagai  …………………. kerana perangai mereka yang jahat itu  telah mempengaruhinya.



Kecantikan wajah seorang wanita.


Semua pakaian yang digayakan olehnya  kelihatan sangat menarik. Bukan sahaja kerana reka bentuknya yang menarik tetapi juga kecantikan wajahnya bagai  ……………………...

.


Bunyi jatuh yang sangat kuat.


Mak Timah terpijak kulit pisang yang  dibuang oleh cucunya menyebabkan dia terjatuh. Badannya  yang besar menyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai  …………..




Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu  dan lain-lain).


Berita kemalangan yang menimpa  keluarganya mengakibatkan dia tidak dapat berbuat apa-apa.   Keadaannya bagai …………………  menyebabkan  orang lain memujuknya supaya
bersabar.          

.


Tidak pernah berpisah; sangat cocok.


Kebanyakan pelajar menggelar Jessica dengan Sandy  bagai  ………………….  kerana mereka sentiasa bersama sejak  tahun pertama hingga  tahun keempat mereka belajar di situ.

No comments:

Post a Comment