Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau
Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana
akar. Justeru, semua negara di dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan
kepentingan bersama.Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan
atau berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan mengeratkan hubungannya degan negara-negara
serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi negara.Menurut
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain
telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua
bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan. Lenggoknya biar
bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar
lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang
ampuh dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana
hal ini amatlah “menguntungkan “ negara Malaysia. Ironisnya, apakah kebaikannya
negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau?
Antara kebaikan menjalin
hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik
negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang
aman dan harmoni jika politik di negara
Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan
negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di
negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai
kemerdekaan. .Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara
Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai
zon aman,bebas, dan berkecuali bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik
di Malaysia dan negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak
dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara
Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan
yang erat dengan negara serantau.
Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan
ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN
mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan
mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan
barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari
negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan.
Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada
manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata
tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai pasaran dalam rantau ini.
Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang
tersebut mahal harganya kerana alah membeli menang memakai. Terbuktilah
sudah bahawa menjalin hubungan baik
dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita.
Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita
menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara
kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik
antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan
keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara.
Penubuhan NAM telah berjaya
mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan
menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman.
Biar kita ambil contoh,negara Malaysia mempunyai
hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara
Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat mengekalkan keamanan di negara Malaysia dan bukannya habis umpan
kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati
hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah
menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah
memudahkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan
menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik
dengan mereka .Hidup seperti pohon kayu
yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi
dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus memberi bantuan apabila negara lain memerlukan
bantuan dari kuasa luar.Beberapa bulan
yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa
bencana,misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada
mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa
bumi di negara Indonesia. Negara
serantau akan memberi bantuan dengan segera
apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah
dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah perahu sudah di air,
pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau
amat penting kepada negara kita.
Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik
dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi
menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti
yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan antara Universiti
Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya pendidikan
merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting
untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu
ditingkatkan supaya negara dapat
mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara
serantau agar taraf pendidikan
rakyat dapat ditingkatkan kerana bersekutu
bertambah mutu. Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci
,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti
Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas
Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat
meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.
Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara
serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu
penghalang perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara serantau
dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?
amat membantu..terima kasih
ReplyDeleteNice essay
ReplyDeleteThanks bro
ReplyDeletemakasih membantu
ReplyDeleteSaya mohon izin menggunakan bahan di atas.
ReplyDeleteGuna ja...tuan dapat pahala
DeleteManfaat sungguh
ReplyDeletePanjang nya 🤦
ReplyDeleteSenang faham
ReplyDeleteKARANGAN INI SANGAT MEMBANTU DAN MUDAH DI FAHAMI
ReplyDeletethnkyouuu for this ><
ReplyDeleteamat membantu 👍👍👍
ReplyDeleteSaya boleh bagi 95/100 markah ni dalam peperiksaan. Hehe
ReplyDeleteThanks.
ReplyDeletecopy paste
DeleteSangat membantu👍
ReplyDelete𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑛𝑎𝑤 <3
ReplyDeleteBoleh bagi isi x
ReplyDeleteFuhyoo😳
ReplyDeleteBanyak besar 😯😯😯😊🥺🥺😊
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete