Sunday 11 August 2013

KOMSAS PMR


Syair Panduan Untuk Para Remaja
Rangkap
Maksud
1-  Ingat pesanku wahai belia,
    Jangan berdusta jangan perdaya,
    Jangan fikir kasihkan kaya,
    Jangan boros yang sia-sia.
Peny  Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap materialistik dan membazir.
2- Jangan mengata jangan mengeji,
    Jangan aniaya bengis dan benci,
    Jangan takbur diri dipuji,
    Jangan sekali mungkir janji.
Gener Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji.
3-  Judi dan arak jangan biasa,
     Lucah dan cabul jangan selesa,
     Usah bertemu ular yang bisa,
     Lambat bangatnya dapat binasa.
Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima padahnya
4- Jangan meminjam jangan berhutang,
    Jangan meminta bantu sementang,
    Bergantung pada orang hendaklah pantang,
    Bebas kehidupan sentiasa tatang.
Peny   Penyair juga berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.
5- Meminta jangan meminjam pun jangan,
    Barang dipinjam kerap kehilangan,  
    Sahabat peminjam renggang di tangan,
    Hutang merosakkan mut'ah pandangan.
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang akibat hilang perasaan hormat-menghormati dalam persahabatan.
6- Jangan biasakan meminta tolong,
     Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
    Ikhtiar sendiri bantut bergulung
    Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
Penyair juga mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan dan bersikap meminta-minta. Hal ini demikian kerana, orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan kemampuan yang ada dalam diri akan hilang.
7-  Latihlah diri sifat merdeka,
    Daya sendiri segenap seketika,
    Jangan sombongkan asal dan baka,
    Atau kelebihan adik dan kakak.
Rema Remaja juga  diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain.
8- Padalah itu aku khabari,
    Ingatlah semua, muda jauhari,
    Kiranya kabul Allah memberi,
    Dirimu jadi pemulih negeri.
Peny Penyair menegaskan bahawa  pesanannya tadi  dititipkan khas untuk generasi muda. Semoga  dengan izin Tuhan pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber pada masa akan datang.

TEMA - Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan
dan cabaran.

PERSOALAN
i.     Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan  dan pertolongan daripada orang lain.
Contoh:
Jangan biasakan meminta tolong,
Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

ii.     Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara  negatif yang boleh merosakkan diri.
Contoh:
Judi dan arak jangan biasa,
Lucah dan cabul jangan selesa,
Usah bertemu ular yang bisa,
Lambat bangatnya dapat binasa.
iii.     Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang  terhadap kita.
Contoh:
Jangan mengata jangan mengeji,
Jangan aniaya bengis dan benci,
Jangan takbur diri dipuji,
Jangan sekali mungkir janji.

iv.     Mengelakkan diri  daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan masalah ini.
                       Contoh:
Meminjam jangan dipinjamkan jangan,
Barang dipinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam renggang di tangan,
Hutang merosakkan mut’ah pandangan.

BENTUK
i               Bentuk terikat.
ii              Mempunyai 8 rangkap.
iii             Setiap rangkap mempunyai 4 baris.
iv             Semua baris ialah maksud.
v              Suku kata 9 hingga 12.
                Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji  - (9 suku kata-rangkap 2)
                Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ -  (12 suka kata-rangkap 4)
vi             Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
                Contoh : Ingat pesanku wahai belia - (4 perkataan-rangkap 1)
                Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci - (5 perkataan – rangkap 2)

GAYA BAHASA

i               Asonansi – Pengulangan vokal [a] - Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan.
ii              Aliterasi -  Pengulangan konsonan [n]. - Contoh: Jangan biasakan meminta tolong.
iii             Anafora – Pengulangan kata pada awal baris. - Contoh:   Jangan fikir kasihkan kaya.
                                                                                                          Jangan boros yang sia-sia.
iv             Inversi –  Pembalikan kata - Contoh: Judi dan arak jangan biasa, (sepatutnya- jangan biasa judi dan arak.)
v              Repitisi - pengulangan perkataan ’jangan’ dalam baris yang sama     - Contoh: Jangan mengata jangan mengeji

NILAI
i               Nilai berdikari
                Contoh:
                                Jangan biasakan meminta tolong,
                                Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
                                Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
                               Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

ii              Nilai merendah diri
Contoh:
                                Latihlah diri sifat merdeka,
                                Daya sendiri segenap ketika,
                                Jangan sombongkan asal dan baka,
                                Atau kelebihan adik dan kakak.

iii             Nilai bertanggungjawab
Contoh:
                                Jangan mengata jangan mengeji,
                               Jangan aniaya bengis dan benci,
                                Jangan takbur diri dipuji,
                                Jangan sekali mungkir janji.

PENGAJARAN

i        Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini    menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah.
                Contoh:
                                Jangan biasakan meminta tolong,
                                Ke sini tersembah, ke sana terlolong,
                                Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
                               Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.                                          
ii              Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi.
                Contoh:
                                 Latihlah diri sifat merdeka,
                                 Daya sendiri segenap ketika,
                                 Jangan sombongkan asal dan baka,
                                 Atau kelebihan adik dan kakak.
iii             Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya.
                Contoh:
                                Jangan mengata jangan mengeji,
                               Jangan aniaya bengis dan benci,
                               Jangan takbur diri dipuji,
                              Jangan sekali mungkir janji.

 








 

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

Rangkap
Maksud

1.  Gunung Tahan sama didaki,
         Sungai Pahang sama direnang;
   Jikalau semua bersatu hati,
                  Kerja yang payah menjadi senang.
Peny  Kalau semua orang (dalam kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat maka sebarang tugas yang bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk disempurnakan.

2-       Melangir keris pusaka hikmat,
               Keris sejarah sejak bahari;
          Kalau gadis ingin selamat,
               Jangan murah menjual diri.
Pesanan  ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu

3-       Menanam bunga di dalam pasu,
               Bunga melati, bunga pandan;
          Jangan ikut hawa nafsu,
               Kelak nanti binasa badan.
Pesanan seterusnya adalah tentang bahaya menurut kehendak hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan.  Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri.

4-       Nyiur muda dibuat pengat,
               Mari dimakan bulan puasa;
          Wahai pemuda hendaklah ingat,
               Kerana mulut badan binasa.

Nasihat juga ditujukan kepada lelaki muda  (remaja). Mereka diberi peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat.
.
5-       Orang berkelah di Tanjung Rhu,
                Sambil memanggang si ikan sepat;
          Hendaklah banyak menghadap guru,
               Supaya terang jalan makrifat.


Bagi memperoleh ilmu dan mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah berguru, iaitu mendapat bimbingan  daripada guru-guru yang dalam ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang  berguna, seseorang itu hendaklah melalui proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang kesesatan

6-       Rendang sungguh pohon ara,
               Tumbuh subur tepi telaga;
          Tidak salah berkenal mesra,
               Tatasusila perlu dijaga.        

Berkenalan dan menjadi lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari

Tema:  Nasihat kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia / adab pergaulan

Nilai murni:  kesepakatan / permuafakatan, jati diri / ketegasan, kesederhanaan, berbudi bahasa / kesopanan /
ketelitian, kerajinan / rendah diri, persaudaraan / keikhlasan.

Persoalan:  kesepakatan / permuafakatan dalam kerja / kegiatan jati diri / ketegasan dalam menjaga maruah diri kesederhanaan dalam perbuatan / tindakan / membuat keputusan / berbudi bahasa / kesopanan / ketelitian dalam komunikasi / percakapan / ucapan / melontarkan pendapat /  kerajinan / rendah diri dalam menuntut ilmu / pengajian / berguru / persaudaraan yang ikhlas / keikhlasan dalam pergaulan

Pengajaran:  kita hendaklah sepakat dan bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan atau kegiatan / kita perlu memiliki jati diri atau ketegasan dalam menjaga maruah diri/  kita mesti bersifat  sederhana atau  mengamalkan kesederhanaan dalam perbuatan atau  tindakan serta membuat keputusan / kita hendaklah berbudi bahasa dan  bersopan atau teliti dalam komunikasi atau percakapan serta melontarkan pendapat /  kita hendaklah rajin  dan  merendah diri dalam menuntut ilmu atau pengajian atau  berguru

Drama Hemodialisis (Jais Sahok)

Sinopsis : Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif.  Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah.  Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya.  Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal.  Abah dibawa ke klinik secara paksa.  Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri. Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu.  Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup.  Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi.  Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya.  Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya.  Keadaan menjadi cemas.  Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
           
Tema : Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.


Persoalan :  Persoalan tentang hubungan kekeluargaan yang erat dan mesra. / Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor./ Persoalan tentang menyerah diri atau mengharapkan kematian apabila sakit.


Watak & Perwatakan:

Abah - Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah./ Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis./ Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif. / Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tidak membenarkan mama menelefon anak-anak. / Seorang yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya. / Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang doktor. / Seorang yang suka bergurau.


Dr. Afif - Bijak - doktor pakar.  / Penyayang - ambil berat tentang keluarga. / Mengenang  jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya. / Cekap bekerja. / Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama.  / Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.

Mama  - Isteri yang penyayang. / Ambil berat akan keluarganya.  / Patuh dan taat akan suaminya. / Suka bergurau./ Sabar - walaupun kena marah.  / Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).


Fatin Atiqah - Bijak - pelajar cemerlang di universiti. / Sayang akan bapanya - ambil berat. / Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.

Nabilah  - Cucu abah. / Anak Dr. Afif dan Zarina. / Penyayang. / Cakap lepas.


Nilai:

1.       Nilai kasih sayang - Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.

2.       Nilai hormat menghormati - Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3.       Nilai  menghargai jasa - Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4.       Nilai  prihatin - Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.

5.       Nilai  kesabaran - Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.

6.       Nilai menghargai ilmu - Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.


Pengajaran: Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga. / Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita. / Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita. / Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain. / Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan. / Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua. / Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.




Cerpen Dendam  (SHARIZA A RAHMAN)
Sinopsis - Cerpen  ‘Dendam’  ini  mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu. Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.
            Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah. Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk  Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik.


Tema - Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.


Persoalan:

1.   Persoalan tentang hubungan kekeluargaan. - Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama  ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.

2.   Persoalan tentang kebencian kepada adik.- Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan  buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.

3.    Persoalan tentang kasih sayang antara adik dan kakak.- Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.


Watak & Perwatakan:

Along - Cepat meradang terutama kepada adiknya. / Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan. / Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan. / Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya.

Angah - Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along. / Berwajah comel. / Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah. / Wajahnya pucat apabila dimarahi. / Buah hati ibu.

Abah - Seorang yang tegas. / Memukul adik dengan tali pinggang.

Emak - Suka menyebelahi adik. / Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah. / Bersikap garang kepada Along.


Nilai:
1.  Nilai kasih sayang - Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.


2.  Nilai berdikari - Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.


3.  Nilai hemah tinggi - Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.


4.  Nilai hormat menghormati - Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.


5.  Nilai kesyukuran - Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.


Pengajaran:

1.  Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita - Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah.  Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.


2.  Kita janganlah mempercayai tilikan. - Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah.  Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.

3.  Kita janganlah membesarkan perkara-perkara yang kecil - Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.


4.  Kita hendaklah  mempunyai sikap sayang -menyayangi antara ahli keluarga.- Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.


5.  Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. - Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.






 

No comments:

Post a Comment