Remaja Cemerlang
Dalam
mendepani era modenisasi pada abad ke 21 kini , dunia menyaksikan iktisad negara
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Negara yang semakin pesat
membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan
negara maju yang lain . Namun permasalahan remaja cemerlang masih
tiada penghujungnya . Dari segi konsepsinya remaja cemerlang boleh
didefinisikan sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat
sesuatu perkara . Biasanya , remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat
mahmudah sebagai tonggak utama mencapai kejayaan . Natijahnya , remaja yang
cemerlang ini akan mengecapi masa depan yang lebih cerah . Remaja yang
cemerlang boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke darat
menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang dicampakkan ke laut menjadi pulau
yang penuh khazanah terawang di angkasa menjadi bintang kejora yang bersinar
bergemalapan . Hal ini bertepatan dengan aforisme, ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi . Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah , remaja yang cemerlang
bermula daripada didikan ibu bapa di rumah . Oleh itu , jika setiap remaja yang
mendengar nasihat dari ibu bapa maka mereka mampu untuk menjadi remaja yang
cemerlang .
Sudah
terang lagi bersuluh , dengan menghormati ibu bapa dapat melahirkan remaja yang
cemerlang . Hal ini kerana , ibu bapa berasa lebih tenang dan gembira apabila
remaja mengormati mereka . Segala yang dilakukan remaja akan mendapat
keberkatan . Oleh itu , setiap remaja haruslah menghormati ibu bapa mereka agar
mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah
, setiap anak wajib menghormati ibu bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan
sebagai cahaya yang sentiasa bersinar dengan terangnya. Bahkan dalam
menghormati ibu bapa dapat memupuk remaja yang bersahsiah mulia dan berwawasan
. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl , ayat 125 ,serulah ke jalan Tuhanmu ,
wahai Muhammad dengan hikmah dan bijaksana serta berbahaslah dengan
mereka dengan cara yang baik , sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui asal usul
hambanya . Oleh itu ibu bapa sewajarnya memiliki skil kontemporari dalam
mendidik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa ialah golongan yang
wajib kita hormati . Anak – anak tidak sepatutnya menjadi seperti kacang
lupakan kulit. Sekiranya , setiap remaja menghormati , maka kehidupan keluarga
akan sentiasa terjamin .
Memetik
wasitah nirmala seterusnya , remaja juga perlu bijak menguruskan masa . Hal ini
kerana , ramai pelajar mahupun remaja sering merungut menghadapi kekangan masa
. Namun , tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang cemerlang mampu menguruskan
masa dengan baik dan lebih bersistematik dengan membina satu jadual harian
mahupun jadual belajar secara persendirian . Natijahnya , lahirlah pelajar yang
tidak mengalami tekanan masa dalam kehidupan seharian mereka . Masa yang
terluang perlu diisi dan dimuatkan denhan perkara yang bermamfaat . Biar kita
ambil contoh , pelajar cemerlang SPM tahun 2009 , Nik Nur Madihah yang mencapai
keputusan 20 A telah menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji
pelajaran . Biarpun masa yang ada tidak mencukupi , namun tiada rungutan yang
dikeluarkan olehnya sebaliknya berusaha menguruskannya dengan bijak . Hal ini
bertepatan dengan aforisme , masa itu emas . Hal ini telah menbuktikan bahawa
sesungguhnya masa itu amat bernilai dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja
yang berwawasan dan terbukti dalam surah An – Nas yang menjelaskan bahawa masa
tidak menunggu kita , sebaliknya kita yang perlu mengejar masa . Pelajar yang
cemerlang merasakan bahawa kehidupan yang dilayarinya begitu padat sehingga
tidak mampu untuk bernafas . Sebaliknya , pelajar mahupun remaja yang tidak
berwawasan hidup yang jelas akan merasakan sehari bagai seminggu untuk dijalani
. Natijahnya , lahirlah ramai remaja yang rugi dalam kehidupannya kerana tidak
bijak dalam memenuhi masanya dengan perkara yang tidak mendatangkan apa – apa
manfaat . Pengurusan masa yang sistematik dan teratur mampu
membina ketenangan diri sewaktu menghadapi peperiksaan .
Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan
perkara yang harus dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa
dengan baik , maka wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya .
Hal ini boleh dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya ,
amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai
ibarat emas berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari . Haruslah
diingatkan bahawa masa yang bernilai tidak akan berulang untuk kali kedua sebaliknya
perlu difikirkan den dimanfaat dengan perkara yang berguna . Sekiranya , remaja
mahupun pelajar bijak menguruskan dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin
nescaya kehidupan mereka akan bebas daripada mengalami tekanan mahupun stres
yang hebat . Oleh itu , sekiranya setiap remaja mampu menguruskan masa dengan
bijak , nescaya kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang dan maju
kehadapan .
Dari
sudut kodifikasi yang berbeza remaja yang rajin berusaha dan beristiqamah untuk
mencapai kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan berjaya . Hal ini
kerana , manusia yang mudah mengalah tidak akan mencapai sesuatu yang
dikehendakinya tanpa berusaha . Natijahnya , masa depan mereka akan menjadi
sirna dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh .
Sementelahan ittu , secara tidak langsung mereka akan menjadi seorang yang
mudah terpengaruh dengan budaya kuning . Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah ,
manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah . Remaja yang cemerlang
akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang berusaha keras mencari nafkah kerana
anak borek ,bapak rintih . Remaja seharusnya mengikut sikap seperti burung
jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu ,
patah dagu bertongkatkan kuku . Jika kita menghadapi sesuatu rintangan seperti
patah kandar di tengah jalan , kita seharusnya menghadapinya dengan
kental . Remaja yang rajin berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu
tertiarap malah pasti akan bangun semula dari kegagalan . Hal ini
kerana anjing ditepuk kepala menjungkit ekornya . Orang yang tidak berusaha ,
cetek ilmunya . Orang yang cetek ilmunya seperti diam-diam ubi berisi ,
diam-diam besi berkarat . Sekiranya , remaja berusaha ditambah pula dengan doa
dan tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan membanggakan nama negara
kelak.
Sebagai
remaja lagi lebai lagi berjanggut didikan agama sememangnya penting sebagai
petunjuk supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang sepatutnya . Oleh itu
, remaja cemerlang akan mempunyai didikan agama yang sempurna dalam diri mereka
. Hal ini kerana , didikan agama yang secukupnya dapat membentuk
jati diri dan sahsiah yang mulia . Tidak dinafikan golongan yang
bertanggungjawab yang memberi didikan kepada remaja ialah ibu bapa.
Seharusnya ibu bapa harus menjalankan peranan yang
sebaiknya dengan memberikan segala yang diperlukan oleh anak – anaknya
termasuklah member didikan agama . Janganlah menjadi seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan dengan lurus . Remaja yang mempunyai didikan agama
boleh dianalogikan seperti pokok yang dapat baja untuk terus hidup . Menurut
kata – kata Albert Einstein , agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama
adalah lumpuh . Terbuktilah agama sangat penting dalam membentuk remaja yang
cemerlang seterusnya dapat membantu untuk merealisasikan visi negara iaitu
Wawasan 2020 . Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak – anak
mereka untuk menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu
ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan perkara yang sia – sia .
Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul . Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Jadi
benarlah didikan agama memberi kesan yang mendalam untuk membentuk remaja yang
cemerlang . Sekiranya , ibu bapa perlu bersinergi untuk memastikan anak – anak
yang mempunyai sahsiah yang mulia seterusnnya menjadi remaja yang
remaja yang cemerlang .
Akhirul
kalam , remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi segala
halangan bagi mencapai segala yang diimpikan sesungguhnya remaja yang cemerlang
merupakan tonggak kepada keluarga dan akan menjadi pelapis Negara yang sentiasa
mempunyai idea untuk menaikan negara dengan acuannya sendiri . Pada era
globalisasi ini , begitu ramai remaja yang cemerlang dalam kehidupannya untuk
meningkatkan taraf hidup . Biasanya , remaja yang ingin mencapai kejayaan di
menara gading akan menggembleng tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia
dan di akhirat . Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan
akan menjadikan mereka sebagai idola atau perangsang untuk membina
kecemerlangan diri . Remaja yang cemerlang akan menjadi seperti pucuk dengan
pelapah . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah , jika tujuan anda jelas , anda
boleg mencapai kecemerlangan dengan jayanya . Sebagai pelapis pemimpin , remaja
yang cemerlang akan pandai meniti buih supaya selamat badan ke seberang .
Sebagai remaja yang berintigriti jadilah seperti burung jentayu uyang patah
sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu
bertongkatkan kuku . Janganlah hanya menjadi seperti angan – angan Mat Jenin
yang akhirnya jatuh ke perdu pohon jua . Oleh itu , remaja perlu memiliki sifat
– sifat mahmudah bagi menjadi seorang remaja yang cemerlang untuk menerangi
kehidupan kelak . Natijahnya , remaja yang cemerlang akakn dapat melayari
bahtera kehidupan dengan lebih cemerlang tanpa sebarang masalah .
Semoga , remaja yang cemerlang dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020
bagi memastikan negara tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan
negara atas angin .
Menangkap
lokan hanya sia- sia ,
Letak
di bendang dimakan helang ,
Remaja
pemangkin kemajuan Malaysia ,
Penjana
modal insan yang cemerlang .
terbaik!!!
ReplyDeleteINGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA
ReplyDeleteKharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
Link Alternatif Kharismapoker :
www.khpk288.net
www.kharismapkr.com
www.kharismaqiu.com
CS nya yang ramah , siap melayanani anda 24 jam
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
Contact resmi kharismaPoker :
Telp :+85588278896
BBM;dc7cdd80
WA: +85588278896
Thank you
ReplyDeletesangat baik tq for sharing
ReplyDelete