-
perbuatan zalim yang
dilakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan.
-
perbuatan keji yang
dilarang keras oleh agama kerana
seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa
akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri
-
ibu bapa merupakan
sebahagian daripada faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan
pengabaian kanak-kanak.
-
Saban hari kita
dipaparkan dengan berita-berita yang mengerikan mengenai penderaan kanak-kanak,
pembuangan bayi, rogol, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Hilang sudahkah
rasa kasih, rasa sayang, belas kasihan dan simpati di hati kita yang bergelar
manusia ini? Lenyap sudahkan semua perasaan itu dimamah arus kemodenan? Atau
kita sebagai manusia gagal dalam mengawal tindakan kita dan seterusnya
mengambil tindakan tertunjangkan perasaan dan bukannya akal fikiran yang waras?
Benar kata bijak pandai; Dalam
dunia binatang tiada manusia tapi dalam dunia manusia ada binatang. Perbuatan
sebegini adalah dilihat sebagai penganiayaan sesama insan kerana tindakan
tersebut mendatangkan kesakitan, kemudaratan, kerosakan, kemusnahan dan yang
paling tragisnya kehilangan nyawa.
Punca
- Pendera kurang mendapat sokongan sosial seperti
mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah - masalah kewangan yang
dihadapi oleh sesebuah keluarga
- Pendera gagal menggunakan pertimbangan
(reasoning)
- Pendera ingin melepaskan kekecewaan mereka.
- krisis rumah tangga
- kurangnya pendidikan
agama dalam kalangan ibu bapa
- Faktor anak –
dilihat sebagai insan yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada orang
yang lebih dewasa Tambahan
pula, kalau anak tersebut kurang
upaya dari segi mental dan fikizalnya.
- penyalahgunaan dadah
- Faktor sikap sambil
lewa dalam membesarkan anak-anak, cemburu dan panas baran
- Persepsi masyarakat yang beranggapan penderaan
kana-kanak merupakan isu peribadi orang lain
Usaha
·
Tindakan yang lebih tegas - seperti mengenakan
hukuman yang berat - penguatkuasaan undang-undang - pendera-pendera berasa
takut - Menurut Akta Kanak-kanak 1991 (akta 468) pegawai perubatan diwajibkan
untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pesakit yang datang untuk
mendapat rawatan di klinik ataupun hospital dan dan mendapati wujudnya sebarang
kes penderaan. walaubagaimanapun pada 1 Ogos 2002, pihak kerajaan telah
memanjangkan peranan ahli keluarga dan pengasuh untuk melaporkan sebarang
kejadian yang dicurigai terdapat unsur-unsur penderaan. Kegagalan berbuat
demikian boleh dikenakan denda ataupun penjara atau kedua-duanya sekali.
- Kelas-kelas bimbingan tentang pendidikan
keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga
- menyedarkan mereka akan
tanggungjawab besar harus dipikul
setelah berumah tangga - lebih
jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak
- Kaunselor –
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA DAN NEGARA (LPPKN) telah
menggunakan pendekatan kaunseling untuk membantu mangsa dera.
- Peranan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat -
Membuat kajian komprehensif berkaitan keganasan keluarga dan punca jenayah
seksual, mewujudkan dasar keluarga negara, dan menganjurkan program
pengukuhan institusi kekeluargaan seperti Banteras Kasih, Belaian
Kasih dan Mutiara Kasih - menyedarkan ibu bapa tentang
tanggungjawab mereka - setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia -
bermakna.- kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita
- Peranan Kementerian Keselamatan dalam Negeri – Mewujudkan pusat maklumat bagi penyimpanan data
mengenai penjenayah, perogol dan meneliti keperluan pemulihan dan
kaunseling untuk perogol, serta meneliti latar belakang
- Peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
tempatan – Mengarahkan
PBT (Pihak berkuasa tempatan) mengenal pasti kawasan yang berisiko
tingg / Mengawasai kawasan awam seperti stesen bas, tempet letak kereta
dan sebagainya / Mencadangkan semua
pemaju perumahan membina 3 bilik
tidur dalam rumah kos rendah
- Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia - Bertanggungjawab
mengkaji pendidikan di sekolah dan keperluan memperkenalkan Pendidikan
Seks
- Memperkukuh
institusi kekeluargaan - Mewujudkan
hubungan ibu bapa dan anak yang saling
membantu / Mempraktikkan
kaedah mendisiplinkan anak-anak / Mewujudkan kaedah pemantauan dan
pengawsan pergerakan anak-anak secara konsisten / Mewujudkan sistem sokongan yang baik
dalam keluarga
- Sedar peranan
anda - Setiap orang memainkan peranan dalam usaha membantu
pihak kerajaan dalam membenteras gelaja ini
- Peranan ibu bapa - memupuk dan membina keluarga yang penyayang, prihatin,
berusaha untuk membimbing anak-anak dalam semua aspek dengan memberi
didikan agama / mengasihi, menyayangi, melindungi
anak-anak / memantau, mengawasi gerak geri anak-anak terutama anak-anak
yang meningkat remaja untuk mengelakkan
pergaulan yang bebas dan keruntuhan akhlak / mengajar anak-anak tentang ’sentuhan’ yang ’baik’ dan
’tidak baik’ yang dilakukan oleh orang lain kepada mereka.
- Peranan guru
- memberitahu dan membimbing
serta menasihati pelajar supaya mengetahui ’hak’ mereka untuk mengelakkan
diri daripada sebarang kejadian yang
tidak diingini seperti penderaan, rogol dan pencabulan.
- Peranan Ahli masyarakat – bersama-sama
mencegah jika terdapat perbuatan yang melampaui batasan atau mencurigakan
– Laporkan kepada pihak berkuasa
demi membentaras penganiayaan sesama insan - Bersama-samalah membantu
kerajaan untuk membenteras gejala penderaan dan tanamlah sifat rasa
prihatin, kasih sayang sesama insan.
Kesan
i)
Perkembangan Personaliti yang rendah – mangsa dera fizikal terdapat hubungan yang signifikan
terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak -
mempunyai atau tiada keyakinan atau keupayaan dalam memajukan diri .
Mangsa penderaan seksual pula kurang mempunyai kawan, kurang cita-cita tinggi,
rendah penghargaan diri - . Kemuncak kesan terhadap penderaan ini mangsa
menunjukan tabiat makan yang berlebihan, mencederakan diri dan cubaan membunuh
diri.
ii)
gangguan pemikiran – mempunyai kritik diri yang tinggi, rasa tidak berdaya, rasa tiada
harapan, tiada harga diri dan kerapkali menyalahkan diri.
iii)
Kesan psikologi – kemurungan, rasa cemas, fobia,
rasa marah dan rendah harga diri, lari dari rumah, ponteng sekolah, masalah
penggunaan dadah, dan lain-lain - boleh berlarutan sehingga meningkat dewasa,
berkahwin serta mempunyai anak-anak - berpontensi untuk melakukan tindakan yang
sama terhadap pasangan dan anak-anak mereka.
iv)
Kesan emosi spt marah, rasa bersalah, sedih dan
tiada sebarang perasaan, kemurungan, masalah cemas, rasa terpinggir, gangguan
fizikal, gangguan makan, kecelaruan personaliti, kesukaran mempercayai orang
lain, takut kepada lelaki, masalah seksual, pendera diri sendiri,
penyalahgunaan bahan terlarang serta kemerosotan dalam akademik dan kerjaya.
v)
Kesan dalam hubungan interpersonal sesama jantina atau berlainan jantina
Ungkapan:
- Anak-anak merupakan
anugerah Tuhan yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri.
- Anak-anak merupakan penyambung zuriat dan pewaris
sesebuah keluarga
- Anak-anak penghibur
di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa
menagih belaian kasih sayang
- Apalah dosa mereka
sehingga diperlakukan sebegitu.?
- Anak-anak merupakan
amanah Allah yang sangat suci dan bersih
- Sikap jangan menjaga
tepi kain orang lain dan , sayangkan anak tangan tangan-tangankan,
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan tidak lagi relevan dengan situasi
zaman milenium ini.
·
Benar kata pepatah ”luka
di tangan nampak berdarah, luka di hati, tak siapa tahu” dan biarpun ’luka’
tersebut sembuh namun ’parut’nya boleh mendatangkan pelbagai implakasi kepada
mangsa seperti trauma, takut kepada lelaki, serik untuk berumahtangga dan sebagainya.
Peribahasa
No comments:
Post a Comment