1.
Cerpen Biarkan
Samudera (Raihanah Salleh)
Sinopsis - Mir atau Amirah mengalami
tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak
perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir
sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh
sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang
terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan.
Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering
teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta
pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh
ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang
menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke
kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami
konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang
sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu
Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur
pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan
telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila
melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.
Tema
_______________________________________________________________. - Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama - Mir / Amirah • Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan. / • Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan. / • Anak tunggal. / • Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam. / • Memiliki rambut yang cantik. / • Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang./ • Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan. / • Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya.
Watak Sampingan
1. Hakimah • Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah. / • Ibu yang tinggal di kampung. / • Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan. / • Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya. / • Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.
2. Ayah • Ayah kepada Amirah. / • Bekerja sebagai nelayan. / • Sudah tua / • Tinggal di rumah panjang di kampung. / • Badannya agak kurus. / • Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan / • Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan. / • Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya.
3. Ibu • Ibu kepada Hakimah / • Tinggal di kampung. / • Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan./ • Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. / • Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan. / • Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.
Persoalan
1. ______________________________________________________________ - Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.
2. ______________________________________________________________ - Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.
3. ______________________________________________________________. - Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.
4. ______________________________________________________________ - Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.
Nilai
1. __________________________ - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak berbelah bahagi.
Pengajaran:
2. __________________________- Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.
Pengajaran:
3. __________________________– Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
Pengajaran:
4. __________________________- Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.
Pengajaran:
5. __________________________– Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.
Pengajaran:
Latihan Pemahaman:
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada
samudera itu. Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah.” Mulut Mir terus
sahaja terkumat-kamit. Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan
mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi
pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik
kepada Mir. Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak
ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik saja Mir dilahirkan. Mir cuma ada
seorang ayah yang sudah tua. Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua
yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah.
Benarlah. Mir kecawa.
“Samudera itu juga terseksa seperti aku,
Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat
samudera menderita.” Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya
hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan pukatnya. Ayah
mengacung-acungkan pendayungnya. “Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau
tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang
saban waktu membelah
samudera.”
i)
Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir? [2 markah]
ii)Pada
pendapat anda, nyatakan tiga punca berlakunya pencemaran
laut? [3 markah]
iii) Nyatakan satu persoalan
yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
daripada keseluruhan cerpen. [3
markah]
No comments:
Post a Comment