Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D
Bahagian A
1.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i)
Galakan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan pretasi
murid-murid.
ii) Ibu sedih kerana adik perlu
dimasukan ke dalam wad untuk rawatan susulan.
iii) Pejabat pos itu menjual
pelbagai stem sempena Hari Warga Tua
Sedunia yang disambut baru-baru ini.
iv) Afifah perlu membuat keputusan
samada perlu melanjutkan pelajaran atau berkahwin.
v) Usaha menggalakan belia yang tidak bekerja menceburi
perniagaan satu strategi yang bijak.
vi) Gambarajah bulat itu dilukis oleh murid-murid dengan
mengguakan jangka lukis. [3 Markah]
2.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan bahasa Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
i) Ketiga kakaknya terlibat dalam
kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi tadi.
ii) Pengelola majlis itu mengkhaskan
kerusi di sebelah kanan pentas untuk tetamu kehormat.
iii)
Kunci kereta yang saya temui ketika pulang dari sekolah diserahkan
kepada guru bertugas.
iv) Pakar di Pusat Perubatan Cermat
itu sedang memeriksa gendang telinga pesakit di bilik kecemasan.
v) Kedua-dua kenderaan itu telah
bertembung di selekoh tajam dan terbalik
beberapa kali.
vi) Para siswazah di dewan itu saling
bersalaman setelah peperiksaan akhir mereka selesai.
vii) Dato Ali mempunyai ramai penyuruh agar tugas
sehariannya menjadi mudah dan lancar.
iix) Pihak
pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan sempena cuti sekolah. [8 Markah]
3.
a) Kenal
pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.
i) Akmal ditangkap oleh guru disiplin
kerana menghisap rokok di belakang kantin.
ii) Sampah yang bertaburan di atas
lantai itu telah saya bersihkan pagi tadi.
iii) Amy dan rakan-rakannya sedang
bermain bola sepak di padang sekolah walaupun hujan lebat.
iv) Anak Encik Sallih yang sulung guru
sementara di sekolah kami.
v) Jalan raya itu menjadi licin
setelah hujan turun dengan lebat pagi tadi.
[5 Markah]
b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah
i) "Jemput makan hidangan yang saya sediakan ini," pelawa Puan Lim
kepada para tetamunya.
ii) “ Kamu mesti selalu mengulang
kaji pelajaran sebelum peperiksaan,” pesan ayah kepada Abu.
iii)
"Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.
iv) “ Wah,
cantik sungguh kereta yang baru kamu beli ini!” kata Mary kepada Ghee
v)
"Patik akan menjunjung titah perintah tuanku demi kedaulatan negeri Melaka," sembah Hang Tuah kepada Sultan Mahmud [5 Markah]
4.
a) Lihat
gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
[4 Markah]
b) lihat
gambar di bawah, kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai dengan gambar
tersebut.
1.
_____________________________________________________________________________
2.
______________________________________________________________________________
ada jawapan tak?
ReplyDelete