Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - KARANGAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.


USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN KEJIRANAN

gb
RANGKA JAWAPAN:

Pendahuluan: - Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain - diibaratkan sebagai saudara kandung - tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa amat sukar ditemui.Persoalannya,......

Isi 1: -dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Natal atau Deepavali -  mewujudkan masyarakat yang bersatu padu - berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit - melegakan penderitaan - secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

Isi 2:- bertegur sapa dengan jiran -  berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin - jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain - Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. - mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong - Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.

Isi 3:- menghulurkan bantuan ketika jiran berada dalam kesusahan -  memudahkan   -  tugas yang berat menjadi mudah -  hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah.  – membantu jiran ketika berpindah rumah atau menghantar isteri jiran yang hendak bersalin ke hospital - suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.


Penutup: - semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat -  Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang -  masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan terhadap tanah air.- merealisasikan gagasan 1 Malaysia

No comments:

Post a Comment