PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA
Plot pada peringkat permulaan dalam novel ini pengarang telah
memperkenalkan dua watak iaitu Amira sebagai watak utama dan sahabatnya Jacinta.
Mereka dalam perjalanan dengan kereta api dari Pulau Pinang ke kawasan tengah Banjaran
Titiwangsa. Tujuan mereka adalah untuk ke Bukit Mat Raya. Mereka ingin
menghabiskan masa cuti persekolah bersama ibu Amira iaitu Prof. Zaidah bersama
Dr. Zawawi dan pelajarnya melakukan kerja cari gali bahasan sejarah. Dalam
kereta api tersebut Amira tertarik dengan seorang kepada seorang pemuda yang
berkulit sawo matang duduk bersebelahan seorang lelaki tua berkulit putih.
Perhubungan dua lelaki itu menjadi tanda tanya kepada Amira. Dalam perjalanan
dari Stesen Dahan Hijau ke Bukit Mat Raya, sekali lagi Amira terlihat pemuda
itu bersama lelaki tua berkulit putih di dalam sebuah kenderaan lain yang
memotong kenderaan yang ditumpanginya. Ternyata pemuda itu juga berada di hutan
yang sama. Cume dia bekerja dengan syarikat pengkaji kandungan emas di kem
sebelah matahari jatuh. Amira dan pemuda yang bernama Malique berkenalan semasa
bertemu di kasawan air terjun berhampiran untuk membersihkan diri pada waktu
pagi.
Plot segera beralih ke peringkat perkembangan bermula apabila berlaku beberapa
peristiwa aneh yang dialami oleh pelajar Prof. Zaidah pada waktu malam. Mereka
terhidu bau rokok kretek, bunyi tapak kaki berjalan di luar khemah pada waktu
malam dan tali khemah putus sewaktu hujan lebat pada malam itu. Desakan
daripada pelajarnya untuk mengetahui hal sebenar menyebabkan Prof. Zaidah
mendedahkan kemungkinan sebenar. Dia memberitahu bahawa mereka sebenarnya
bersaing dengan kumpulan pencari emas di hutan itu. Penerangan itu
membuatkan Amira bersungguh-sungguh ingin bertemu dengan Malique. Dia ingin
mengetahui siapa sebenarnya lelaki tua berkulit putih yang bersama dengan
Malique di dalam kereta api malam itu.
Amira menunggu Malique berdekatan
air terjun namun Malique tidak datang. Amira terjatuh ke dalam sungai yang
berarus deras menyebabkan dia hanyut dan hampir lemas. Dia Berjaya diselamatkan
oleh Itai dan Tau. Kehadiran watak Tau dan Itai membuatkan cerita semakin
berkembang dan konflik mula timbul dalam novel ini. Konflik berlaku antara Tau
dengan kumpulan pencari emas dan kumpulan Prof. Zaidah dalam menjaga
kepentingan alam semulajadi di hutan itu. Tau telah menangkap seorang daripada
pekerja pencari emas. Ludin telah menasihatinya agar tidak mengganggu kumpulan
Prof. Zaidah. Tau hanya memerhatikan mereka.
Konflik juga berlaku antara Amira
dengan masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Ludin apabila Itai membawa
Amira ke tempat rahsia dan mengambil ketulan emas di situ. Itau dan Amira
didapati bersalah. Namun Tau memberi jaminan kepada Ludin bahawa Itai dan Amira
dapat menyimpan rahsia. Konflik juga berlaku pada diri Malique. Dia masih belum
menemui jawapan tentang siapa dirinya yang sebenar. Keadaan itu menyebabkan dia
bosan dan berkonflik dengan O’Hara sehingga dia mengugut untuk pulang ke
Melaka.
Plot novel terus berkembang apabila
Malique didapati hilang setelah kenderaan yang ditumpangi dihanyutkan oleh
lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Ia menimbulkan keresahan pada Amira.
Berpandukan mobile disk yang ditemui oleh Amira di dalam gua di Gunung Gua
Gajah, gerakan mencari yang dibantu oleh Itai dijalankan di sekitar gunung
tersebut.
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini juga
agak singkat. Semasa di dalam gua itu Amira telah mengesan tapak kaki yang tidak
berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak
gunung. Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan
berbulu lebat. Mereka berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu.
Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan
halangan. Makhlum itu mahu Malique diserahkan kepadanya. Keenganan mereka untuk
menyerahkan Malique menyebabkan makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak
Lias berjaya menangkis serangan tersebut. Ludin sampai ke situ dan meminta Tau
menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan mereka yang
berada di puncak gunung itu.
Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula
makhluk berbulu tebal itu menangis. Bulu itu dibuka dan Amira, Itai dan
Pak Lias terkejut. Ludin memujuk Tau turun dari gunung itu untuk menemui
seseorang. Tau menemui isterinya Ipah / Jennifer yang melarikan diri dengan
membawa Sabi / Malique suatu ketika dahulu. Penyelesaian kekusutan itu
dilakukan di Desa Karpus apabila Jennifer enggan pergi ke perkampungan Orang
Asli.
Jennifer telah mengakui bahawa Tau
adalah suaminya. Malique terkejut dengan pengakuan itu. Iatu juga terkejut
apabila diberitahu oleh Ludin bahawa dia adalah anak Jennifer. Jennifer dan
O’Hara ingin membawa Malique keluar dari hutan itu. Namun Malique sendiri telah
membuat keputusan dengan mengatakan bahawa dia akakn tinggal bersama bapanya di
perkampungan itu.
No comments:
Post a Comment