Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PT3 2015 - KARANGAN

Di kawasan tempat anda tinggal, sering berlaku kejadian kecurian. Anda berbual dengan rakan anda tentang masalah tersebut dan cara-cara mengatasinya.

(ARAHAN: Tingkatkan kualiti karangan di bawah agar mencapai tahap cemerlang)

Pada suatu hari, ketika Izzue  dan Aishwarya Rai menunggu ibu bapa mereka di hadapan sekolah untuk pulang ke rumah, mereka sempat berbual-bual tentang masalah jenayah, iaitu kes kecurian.

Izzue: Hai, Aishwarya. Sudah lama kita tidak berjumpa. Kamu apa khabar?

Aishwarya: Hai, Izzue. Belakangan ini, saya agak sibuk mengulang kaji pelajaran. Seperti yang Kamu tahu, peperiksaan percubaan  sudah dekat.            

Izzue:  Bagus!  Sediakan payung sebelum hujan.”

Aishwarya: Benarlah itu. Izzue Kamu ada mendengar kes kecurian di kawasan kediaman Kamu?

Izzue: Oh, ada. Kes kecurian itu berlaku di belakang rumah saya sahaja.

Ying: Selamat sejahtera, kawan-kawan. Boleh saya sertai perbualan kalian? Apa yang sedang kamu berdua bualkan?

Aishwarya: Hai, Ying. Kami berdua sedang berbual-bual tentang masalah kecurian yang kerap berlaku di Ampang Jajar dan tempat-tempat yang berhampiran akhir-akhir ini.

Ying: Kes kecurian ini semakin berleluasa, bukan? Kelmarin, kereta baharu kepunyaan kawan ayah saya telah dicuri.

Izzue: Benar? Nasib baik tidak berlaku sebarang kes yang melibatkan nyawa.

Aishwarya: Pasti ada cara untuk mengatasi masalah ini.

Ying: Ya, mungkin setiap kawasan perumahan di Tanjong Malim ini patut mewujudkan sistem kawalan berkomputer dan rondaan berbayar. Cadangan ini adalah untuk mencegah kes kecurian itu berlaku lagi. Pada masa yang sama, kita dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Aishwarya: Bagus juga cadangan Kamu, Ying!

Izzue: Kita juga perlu berusaha memberikan kesedaran kepada penduduk setempat tentang pentingnya kita berhati-hati dan menjaga barang-barang peribadi atau persendirian dengan baik. Kelalaian kita boleh membiarkan pencuri ini mengambil kesempatan.

Aishwarya: Perkara yang paling penting ialah aspek keselamatan diri dan keluarga. Janganlah kerana harta, kita kehilangan nyawa pula.

Ying: Tak lupa juga, kempen besar-besaran mencegah jenayah patut diadakan bagi menyedarkan generasi kini, khususnya anak-anak muda agar sentiasa berwaspada dan memelihara akhlak diri dengan baik. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mendidik anak-anak mereka agar menjadi modal insan yang terpuji dan berakhlak mulia.

Izzue: Itu perkara yang paling utama. Kita sambung tajuk perbualan ini pada keesokan hari, kawan-kawan. Ayah saya sudah sampai. Saya perlu pulang dahulu. Balik dulu, ya. Selamat tinggal.

Aishwarya: Baiklah, bas saya juga sudah tiba. Selamat tinggal, Ying!


Ying: Selamat jalan, Izzue dan Aishwarya!

No comments:

Post a Comment