Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PERCUBAAN SPM 2015 - KARANGAN

Karangan Peribahasa

Tajuk : Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

(ARAHAN:  Tulis semula karangan ini agar mencapai tahap cemerlang)


            Rosli seorang remaja kampong yang miskin. Rosli, mempunyai lima adik-beradik dan dia adalah anak sulung. Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan PMR. Rosli, adalah tulang belakang keluarganya.
Ayahnya, menghidap penyakit kronik. Ayahnya, tidak dapat bekerja dan hanya terlantar diatas katil. Dengan keadaan yang demikian, Rosli tiada pilihan melainkan harus bekerja sambil belajar untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia bekerja sebagai pembantu kedai runcit, yang letaknya berhampiran dengan rumahnya dan perlu bekerja setiap hari, setelah selesai waktu persekolahan. Upah yang diterima cukup sekadar menampung kehidupan keluarganya, tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun dia tetap bersyukur diterima bekerja dan menggunakan tulang empat keratnya demi keluarga dan masa depannya. Rosli, tidak pernah menyusahkan ibubapanya, malahan dia begitu menyayangi keluarganya.

            Walaupun dia dan keluarganya harus menempuh hidup yang susah dan sukar setiap hari, namun dia tetap tidak berputus asa dan sentiasa berharap untuk mendapat 8A dalam PMRnya, dan ianya akan menjadi satu kenyataan. Rosli, berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat menolong keluarganya dan berharap pada suatu hari nanti, dia juga mampu untuk membantu orang-orang yang susah sepertinya. Rosli, tidak suka membazirkan masa. Pada masa lapang, dia akan mencari ruang dan peluang untuk mengulangkaji pelajarannya. Didalam kelas, dia memberi penumpuan sepenuhnya, sewaktu cikgu mengajar. Dia juga tidak sekali-kali akan membuangkan masanya dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti sesetengah remaja yang seusia dengannya yang gemar lepak dengan rakan-rakan sebaya.

            Setelah tiba, pada hari yang dinantikan, keputusan PMR telah diumumkan. Dia telah kesekolah dengan harapan agar pulang dengan keputusan yang cemerlang. Semasa keputusan diumumkan, Rosli, telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah dengan keputusan cemerlang 8A dalam PMRnya. Rosli, tidak henti-henti menerima ucapan tahniah dari guru- guru dan rakan-rakan sekolahnya.
Hatinya, melonjak-lonjak kegembiraan, hanya tuhan sahaja yang , mengetahui perasaannya pada masa itu.

            Akhirnya, Rosli pulang dengan wajah dan senyuman yang begitu ceria dan berita gembira itu disambut dengan airmata kegembiraan, terutamanya kedua ibu bapanya.  Pada Rosli, segala usaha dan kerja kerasnya serta berkat sabar selama ini dan tanpa mengenal penat, akhirnya membawa suatu kejayaan pada dirinya, bak kata pepatah, berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

No comments:

Post a Comment