Novel Azfa Hanani & Kembara Amira
Persoalan
|
Novel Azfa
Hanani
|
Novel Kembara
Amira
|
Pengorbanan dalam
menempuh kehidupan
-Azfa Hanani
sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat
Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan
penyakit lumpuhnya sebagai balasan. / -Azfa Hanani sanggup mengorbankan
perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang
demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku
Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.
|
Persoalan Tentang Pengembaraan
menjejaki tamadun awal manusia.- Amira sebagai watak utama
menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah
dalam kerja lapangan atau ekskavasi menjejak
kewujudan tamadun di Bukit Mat Raya. Pengembaraan Amira ditemani sahabat
baiknya, Jacinta. Gambar penemuan tulang karpus
di situ telah dimasukkan dalam laman web ibu.
|
|
Berani mengambil
risiko
- Azfa Hanani
seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko
dengan menyamar sebagai Tengku Murni. / Azfa Hanani berani mencuba suasana
yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang
baharu.
|
Persoalan Tentang Pengembaraan untuk merungkai misteri- Pengembaraan Amira bermula apabila Itai
berkongsi maklumat tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Penduduk orang Asli di kawasan tersebut marah dengan
tindakan Itai . Jika orang bandar mengetahui kewujudan lubuk emas itu,
kawasan mereka akan diterokai. Malique pula
telah disembunyikan oleh Tau. Tau menyamar sebagai lembaga berbulu. Tau
sebenarnya ialah bapa kandung Malique . Keadaan semakin gempar apabila
diketahui bahawa Itai ialah adik Malique
|
|
Kegigihan dan tidak
berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian / --Azfa Hanani yang berasal
daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki
masa depan keluarga dan hidupnya. /
setelah dihalau oleh Datin
Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan
tidak berputus asa
|
)Persoalan Tentang Pengembaraan kerjaya
Amira akhirnya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
aeroangkasa. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala
Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek IT.
|
|
Sikap manusia yang
mementingkan darjat atau pangkat -
Datuk Tengku Makmur
menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana tamakkan harta. / Tengku
Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana Ekran
berasal dari keluarga yang susah. / Sikap Laili yang sombong dan angkuh
kerana berasal daripada keluarga yang kaya
|
Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya,
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk
mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.
|
|
Berpegang kepada
janji
- Datuk Tengku
Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada Azfa Hanani
kerana menyamar sebagai Murni. / Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan
membiayai kos rawatan Zuraini. / Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani
dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka
|
Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan
Contohnya, Itai
menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan
Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin
pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan
tradisional.
|
No comments:
Post a Comment