TEKNIK PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA
Secara umumnya boleh disimpulkan
bahawa perkembangan plot utama novel Kembara amira tidak mengikut kronologi iaitu tidak mengikut perkembangan masa
secara teratur. Bab 22 jelas menceritakan peristiwa imbas kembali yang telah berlaku pada zaman 1950-an
yang menjadi punca kepada konflik dalam diri Tau. Bab ini menceritakan
bagaimana Ipah, seorang berketurunan Inggeris boleh berada di dalam hutan itu.
Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda telah terhempas. Anak
mereka Samantha terselamat dan dibesarkan oleh Jidin, bapa kepada Tau. Anak itu
diberi nama Ipah. Selain daripada itu, terdapat beberapa imbas kembali oleh
watak dalam novel ini. Ketika bersama Malique dalam perjalanan dari PulauPinang ke KLIA, O’Hara mengimbas kembali
kisahnya bekerja sebagai buruh di lombong opal. Kerjanya amat terus dan
ketuanya seorang yang kejam. Dalam perjalanan ke kem selepas menjemput O’Hara
dan Malique, Roslan telah mengimbas kembali kerjayanya sebagai pemandu lori
balak. Sebuah lori balak terjunam ke dalam gaung dan pemandunya hilang. Dia
terus berhenti kerja.
Selain daripada itu pengarang
menggunakan sedikit teknik
mimpi dalam mengemukakan
peristiwa yang lepas. Teknik ini dapat diperhatikan pada bab 20. Amira menunggu
Tau di Desa Karpus untuk meminta bantuan mencari Malique. Namun Tau tidak
muncul. Sebaliknya dia tertidur dan bermimpi Ipah berlari sambil mendukung Sabi
untuk meninggalkannya. Ipah dikejar oleh seekor beruang hitam. Ipah terjatuh
dan beruang hitam itu mencederakan Sabi. Tau membunuh beruang hitam itu
dan membiarkan Ipah terus melarikan diri bersama Sabi untuk mengikut Johnny.
Peristiwa itu membolehkan pembaca mendapat gambaran keadaan semasa Ipah
melarikan diri daripada Tau. Malah pembaca dapat mengaitkan beruang hitam yang
dibunuh oleh Tau dengan makhluk berkaki dua dan berbulu tebal yang menjadi
misteri masyarakat Orang Asli di hutan itu.
Dalam novel ini juga pengarang telah
menyelitkan banyakteknik kejutan. Kewujudan kejutan pergerakan
plot memuncak. Kejutan pertama ialah peristiwa Amira terkelincir apabila
terpijak batu licin dan jatuh ke dalam sungai berarus deras. Dia hanyut dan
diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kemalangan yang menimpa Prof. Zaidah dan Pak
Lias juga merupakan satu kejutan. Peristiwa itu membuatkan Prof. Zaidah cedera
pada tangan kiri. Pembaca serta watak dalam novel iaitu Itai dan Amira
mengalami kejutan apabila bertemu dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat
ketika dalam perjalanan pulang setelah mengambil ketulan emas. Pembaca juga
terkejut dengan kehilangan Malique secara tiba-tiba setelah kenderaannya terjunam
ke dalam gaung. Sekali lagi kejutan berlaku apabila Amira, Itai, Pak Lias dan
Roslan bertemu dengan makhluk berbulu di puncak gunung.
Selain daripada teknik di atas,
pengarang juga menggunakan sedikit teknik
suspens dalam novel ini.
Pembaca berasa suspens dengan peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai setelah
tergelincir dari batu yang licin. Pembaca suspens sama ada Amira selamat atau
sebaliknya. Pembaca dan watak Amira sendiri suspens apabila diselamatkan oleh
dua Orang Asli sama ada mereka jujur atau sebaliknya. Kehilangan Jacinta juga
satu suspens. Pembaca dan Amira tertanya-tanya ke masa Jacinta menghilang.
Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias ketika menuruni
bukit menyebabkan pembaca berasa suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam
gaung yang dalam? Gerakan mencari Malique juga satu suspens sama ada Malique
berjaya dijumpai atau sebaliknya dia mengalami nasib yang sama seperti pemandu
lori balak atau pekerja O’Hara yang hiang.
B) TEKNIK PENCERITAAN
Sebagaimana novel konvensional yang
lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan
latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh
pengarang secara langsung. Contohnya pada bab 22 pengarang telah menggambarkan
keadaan kapal terbang yang dipandu oleh Ridley bersama isteri dan anaknya
telah berhadapan dengan rebut kencang dan hujan lebat pada musim monson. Kapal
terbang itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Seawal bab pertama pengarang
telah memperkenalkan watak Amira melalui teknik pemerian. Pengarang
menceritakan keadaan kereta api dan suasana dalam kereta api pada malam itu
yang dilalui oleh Amira dan sahabatnya Jacinta. Melalui tingkap kereta api
Amira dapat melihat beberapa buruj di angkasa.
Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan
meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan
teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang.
Contohnya melalui dialog antara Itai dengan Amira dan Jacinta ketika Itai
berkunjung ke khemah mereka. Itai datang untuk melawat Amira dan Jacinta
selepas kejadian Amira lemas dan Jacinta sesat di hutan. Melalui dialog mereka,
pembaca mendapat tahu bahawa Itai seorang pelajar sekolah di Bandar dan tinggal
di asrama. Dia belajar berburu daripada Pak Cik Tau. Manakala Amira menjelaskan
bahawa mereka datang dari Pulau Pinang untuk menghabiskan masa cuti di situ.
Melalui dialog juga pengarang menjelaskan kedudukan sebenar bahawa Malique dan
Itai adalah anak kepada Tau dan Jennifer semasa mereka berdialog di Desa
Karpus.
No comments:
Post a Comment