PLOT & TEKNIK PLOT NOVEL AZFA HANANI
PLOT
-
Plot ialah jalan cerita iaitu
rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
-
Plot novel ini disusun secara
kronologi iaitu mengikut urutan masa.
Permulaan cerita.
Pembaca diperkenalkan dengan watak
Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu
mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap.
Azfa Hanani berkenalan dengan
Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni
kerana muka mereka seiras.
Perkembangan.
Azfa Hanani diajar cara bertutur,
makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah
Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
Azfa Hanani belajar menyesuaikan
diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami
konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku Murni.
Kumpulan Budak Glamor benci akan
Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.
Azfa Hanani diminta menjadi
pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan
baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
Tengku Muzaffar yang pada mulanya
membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik
setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.
Berdasarkan diari Tengku Murni,
Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya
hubungan antara Murni dan Ekran.
Klimaks/Puncak
Cerita
Azfa Hanani bertengkar dengan
Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan
menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.
Pertengkaran mereka didengar oleh
Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
Datin Maziah begitu marah kerana
berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.
Peleraian Cerita
Penyakit lumpuh Zuraini telah
sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.
Datuk Tengku Makmur menemui orang
yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang
dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa
Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin
Maziah.
Syafinaz menyambung kerjayanya
sebagai arkitek.
Iskandar terbunuh dalam kemalangan
jalan raya dan Laili cedera parah.
Program Hari Sumbangsih berjaya
mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani
menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik.
Kumpulan budak glamor dibubarkan.
Teknik
Plot
Teknik
plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya
menarik dan berkesan.
1. Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.
-
Teknik ini digunakan oleh
pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya,
pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.
2. Teknik dialog.
-
Untuk menjadikan sesebuah cerita
lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani
berdialog dengan Kak Finaz.
3. Teknik Monolog dalaman.
-
Watak berkata-kata di dalam hati
atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog
dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.
4. Teknik Imbas Kembali
-
Ingatan sesuatu watak terhadap
peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya,
Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku
Mazran.
5. Teknik Suspen.
-
Unsur suspen dapat mengundang
minat pembaca untuk menghabiskan bacaan
bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa
Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta
Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar.
6. Teknik Kejutan.
-
Pengarang menerapkan unsur kejutan
untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani
terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada
penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.
No comments:
Post a Comment