Faedah Amalan Berjimat cermat
Sempena
Hari pengguna 2010,Perdana Menteri kita telah mnyeru rakyat agar berjimat
cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagaian dan kesejahteraan
hidup pada masa depan.Bak kata pepatah ingat sebelum kena,jimat sebelum habis
agar tidak menyesal kemudian hari.Janganlah kita menjadi hamba kepada hawa
nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati,ikut rasa binasa.Membazir
merupakan amalan syaitan.Terdapat banyak faedahnya jika amalan berjimat-cermat
dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita.
Untuk mengamalkan amalan
berjimat-cermat,keutamaannya kita perlu mangurangkan perbelanjaan harian
kita.Contohnya,kita boleh mambandingkan harga barang-barang yang kita hendak
beli.kita harus manjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah diekspolitasi.Kita boleh memilih untuk
mambeli barangan butan tempatan yang lebih murah harganya setelah dibanding.Selain
itu,kita harus membeli barangan yang berkualiti kerana alah mambeli,menang
memakai.Hawa nafsu mambawa kesesatan dan tidak berpedoman tetapi akal manjadi
pedoman menuju keutamaan.Jadi,perbelanjaan harian dapat dijimatkan bahkan
kebahagiaan terjamin.
Di samping
itu,kita dapat menambah simpanan kita supaya kehidupan kita akan
terjamin.Apabila kita manjimatkan perbelanjaan,wang yang dihematkan dan
ditabungkan di institusi kewangan akan meningkat kerana
sedikit-sedikit,lama-lama manjadi bukit menjadi bukit.Kita boleh menggunakan
simpanan ini ketika manghadapi waktu kecemasan seperti hendak manjalani
pembedahan.Kita tidak perlu “mangemis” dan manjadi mangsa ceti haram kerana
lintah darat ini memang gemar menangguk di air keruh dan manjadi duri dalam
daging dalam kehidupan kita pada masa depan.Sentiasa mendengar kata-kata orang
tua “kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan
kehandak yang berlebih-lebihan.Tegasnya,bukan sekadar wang tabung kita manambah
malah kesenangan hidup terpelihara.
Tambahan
pula,kita harus mandidik seseorang individu untuk berdikari demi kebaikan
generasi muda pada masa depan.Dengan cara itu,mereka tidak perlu bersandar pada
ibu bapa ataupun pada kerajaan sepenuhnya untuk mandapatkan bantuan kewangan
ataupun biasiswa demi mangongkosi pengajian kita di menara gading.Perbuatan
demikian kerana kebanyakan pelajar cemerlang bergantung pada biasiswa tajaan
JPA dan pada pinjaman PTPTN, apabila mereka gagal beroleh bantuan
kewangan,mereka akan berasa seolah-olah langit runtuh,bumi cair.Jadilah kita
patut bersyukur dan berpuas hati dengan memiliki perkara-perkara yang anda
miliki sekarang.Tetapi bukan sekali-kali berfikir bahawa anda bergembira
setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.Oleh itu,kita
mesti berjimat-cermat untuk berdikari agar hidup kita lebih harmoni dan
harmonis.
Kesinpulannya,cermat
masa banyak,jimat masa sedikit sebelum itu.Kata-kata orang tua lagi “ingat akan
kesakitan ketika sakit;ingat akan ketuaan usia ketika muda;ingat akan kematian
ketika hidup;dan ingat akan kepapaan ketika kaya seandainya kita hendak bahagia
sepanjang hayat.Selain daripada itu,ibu bapa berperanan sebagai cermin
perbandingan yang positif kepada anak,dan bukannya seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan betul.Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk kalbu
generasi muda,mereka akan sentiasa mampu memberi dan tidak akan meminta.
No comments:
Post a Comment