Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PT3 2015 - KARANGAN

Cara-cara Mengisi Masa Cuti Persekolahan

Pendahuluan - pembangunan negara yang semakin pesat /  golongan remaja  berfikiran sempit  sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat / Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah / masa itu emas / Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang / cuti sekolah dihabiskan dengan melakukan pelbagai kegiatan /  membuat perkara yang berfaedah

Isi
1. Pelbagai aktiviti beriadah / dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan / badan cergas otak cerdas /   dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah / meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa / sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja /  melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

2. menimba ilmu dengan mengikui kelas tambahan / masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat / membaca bahan bacaan ilmiah / bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan atau picisan semata-mata /  banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh / mmbaca jambatan ilmu / dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.

3. melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan /  meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat / mengeratkan perpaduan dalam negara / mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan/ membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam / menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain / berat mata memandang, berat lagi bahu yan memikulnya

4. melakukan kerja-kerja sampingan / mengambil upah bekerja / menambah wang saku / menyimpan wang yang diperoleh untuk kegunaan masa hadapan / beban yang ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan / boleh juga digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping dapat merehatkan serta menenangkan fikiran / jauh berjalan luas pemandangan /  dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai semangat cinta akan alam sekitar.

Penutup - bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja / hanya jauhari yan mengenal manika / Remaja yang tidak menghargai masa akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. /  dapat melakukan pelbagai aktiviti  / .Kita harus mengelakkan diri daripada membuang masa /  masa itu umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita



No comments:

Post a Comment