Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PT3 2015 - Novel Erti Sebuah Pengobanan


LATIHAN PENGUKUHAN:

Berdasarkan novel tingkatan dua yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa menarik yang terkandung dalam novel tersebut.


                    
Pengajaran
(Novel Erti SebuahPengobanan)
Peristiwa

Kita haruslah tegas dalam menyatakan pendirian



Kita mestilah berkasih sayang sesama ahli keluarga demi kerukunan hidup berkeluarga.



Kita hendaklah menunjukkan semangat setia kawan  sama ada ketika ketika susah atau senang


Kita seyogianya memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita


Kita mestilah gigih dalam menempuh cabaran hidup


Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan  hidup agar menjadi insan yang lebih matang





Nilai
(Novel Erti SebuahPengobanan)
Peristiwa


Iman Zulaikha enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun diberi kata dua oleh Linda.


Yusri kerap melawat Iman Zulaikha dan bekas ibu bapa mertua di kampung tanpa menimbulkan kekecohan. Yusri juga sentiasa memberi galakan kepada Iman supaya berjaya dalam peperiksaan dan  pidato.


Iman dan Pei Wen saling menyokong dan berkongsi luahan perasaan walaupun berlainan latar belakang

Iman tidak tergugat walaupun nota persediaan dan kad imbas rujukan pidatonya hilang secara misteri. Iman tidak mudah mengalah dengan dugaan itu.


Walaupun ayahnya menyatakan dia telah menemui calon isteri pengganti ibunya, Iman masih berharap dia dapat menyatukan kembali ibu bapanya. Iman juga akur akan nasihat Cikgu Julia supaya menghormati kehendak ibu bapa sebagai anak yang solehah.


Linda menuduh Iman Zulaikha mempengaruhi rakan-rakan mereka supaya berpihak kepadanya, termasuk murid baharu iaitu Adif Danial.


Latar Masyarakat
(Novel Erti Sebuah Pengobanan)
Peristiwa


Iman enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun disesak oleh Linda. Kejadian dia ditolak jatuh oleh Linda tidak melemahkan semangatnya untuk menyerah kalah.


Walaupun ayahnya menyatakan dia telah menemui calon isteri pengganti ibunya, Iman masih berharap dia dapat menyatukan kembali ibu bapanya. Iman juga akur akan nasihat Cikgu Julia supaya menghormati kehendak ibu bapa sebagai anak yang solehah.


Pei Wen berkongsi masalah tentang hubungannya dengan ibu tirinya kepada Iman Zulaikha, malah bersetuju mendapatkan nasikat datuk Iman supaya hubungan mereka dipulihkan.


Yusri kerap melawat Iman Zulaikha dan bekas ibu bapa mertua di kampung tanpa menimbulkan kekecohan. Yusri juga sentiasa memberi galakan kepada Iman supaya berjaya dalam peperiksaan dan  pidato.


Iman memaafkan Linda walaupun dirinya pernah dikasari dan diperlakukan sebagai musuh oleh Linda akibat persaingan mereka untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato.




No comments:

Post a Comment