Thursday 20 August 2015

ULANG KAJI PT3 2015 - KOMSAS

Drama Sebuah Perjuangan (Ab Manaf Kamarudin)

SINOPSIS

Babak 1 - Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas agar menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

Babak 2 - Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana  Sungai Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggerismemberi hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.

Babak 3 - Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran Syahbandar kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk kampung yang belot.

Babak 4 - Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.

Babak 5 - Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar  telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.

Babak 6 - Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau bertegas tetap meneruskan perjuangan.

Babak 7 - Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris. Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

Babak 8 - Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Babak 9 - Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.

Babak 10 - Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni  Inggeris juga mendapatkan bantuan polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.

Babak 11 - Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

Babak 12 - Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar  dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

TEMA - perjuangan anak watan menentang penjajahan.- menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di Sungai Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur dalam keadaan serba kekurangan.



PERSOALAN

      i.        Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah  di negara sendiri. - Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak watan.
      ii.        Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri. - Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.
    iii.        Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air. - Pangeran Syahbandar  dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris  walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap
    iv.        Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh. - Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat
.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama - Pangeran Syahbandar - Tokoh pejuang di Sungai Padas. / Pemimpin yang berani. - Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai / Pemimpin yang tegas. - Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni Inggeris. / Pemimpin yang rasional. - Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni Inggeris setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban. / Pemimpin yang berkaliber - Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap
Pembelot / Pemimpin yang bijak. - Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubu sebagai pertahanan menentang musuh.

Watak Sampingan

Awang - Pembantu kepada Pangeran Syahbandar. - Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang Kompeni Inggeris / Pemuda yang cinta akan tanah air. - Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin menguasai kawasan Sungai Padas /  Berfikiran jauh. - Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan peperangan

Jahul - Tali barut Inggeris. - Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya
kepada Pegawai Inggeris / Pemuda yang mudah termakan pujukan. - Jahul bersetuju memberikan maklumat  apabila  Pegawai Inggeris memberi hadiah.

Pegawai Inggeris - Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas. / Bijak mengatur strategi. - Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan memberikan ganjaran kepada Jahul
.
LATAR

Latar Masa
      i.        Berlaku hampir 4 bulan - Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan
Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan
     ii.        Waktu malam. - Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran
Syahbandar di Kota Manggalela
    iii.        Waktu pagi.- Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan
Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris
.
Latar Tempat
      i.        Di kawasan Sungai Padas. - Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa Kompeni Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka sendiri.
     ii.        Pejabat Pegawai Inggeris.-  Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di
kawasan Sungai Padas
    iii.        Kubu Kota Manggalela. - Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.

Latar Masyarakat

      i.        Masyarakat  kampung yang mudah dipengaruhi. - Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris dan menjadi pembelot
     ii.        Masyarakat  yang mengkhianati bangsanya sendiri. - Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni Inggeris.
    iii.        Masyarakat penjajah. - Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai  kawasan Sungai Padas.
    iv.        Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa. - Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh penduduk

.NILAI

i.           Nilai semangat cinta akan tanah air - Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas
.ii.          Nilai kesetiaan - Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air
daripada kekuasaan Kompeni Inggeris
.iii.         Nilai bersatu padu - Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam
menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban
.iv.        Nilai keberanian- Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka. Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai kelengkapan senjata yang sesuai.
v.         Nilai rasional - Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.


PENGAJARAN

      i.        Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. - Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas
     ii.        Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah. - Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang bersatu padu menentang Kompeni Inggeris
    iii.        Kita hendaklah berani menentang penjajah. - Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni Inggeris.
    iv.        Kita mestilah setia kepada ketua. -  Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah air.


Soalan Pemahaman:  Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .

JAHUL  menemui  PEGAWAI  INGGERIS.

JAHUL:  (Tunduk hormat) Selamat Pagi, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Hmmm... selamat pagi, ( Memandang JAHUL)Oh, kam  Jahul! Coming.  Duduk......
JAHUL:   Err...terima kasih tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Oh ya! Bagaimana itu kamu punya kerja?  Ada perkembangan terbaru?
JAHUL:   Inilah  datang jumpa tuan. Memang ada perkara penting yang saya mahu  sampaikan  pada tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Penting! Oh, apa dia?  Ha, cakap. saya ingin mendengarnya.  Cakaplah………
JAHUL:   Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan menawan penduduk yang telah menjadi rakyat kompeni  itu, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (MarahWhat?
JAHUL:   Banyak yang ditawan mereka, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Tegas) Tapi,  mengapa Jahul?  Mengapa Pangeran bertindak begitu?
JAHUL:   Dia terlalu marah terhadap tindakan kompeni  mumujuk mereka supaya menjadi rakyat  kompeni kerana dia berkuasa terhadap mereka, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   Oh...begitu!
JAHUL:   Ya, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Marah) Perkara ini Jahul, tidak boleh dibiarkan begitu saja!  Nampaknya Pengeran sudah mula tunjuk berani sama kompeni.
JAHUL:   Betul tuan. Kompeni mesti buat sesuatu, tuan.
PEGAWAI INGGERIS:   (Tegas) Mesti buat sesuatu yang bagaimana maksud kamu, Jahul?
JAHUL:   Begini tuan. Kompeni mesti  hentikan tindakan mereka. Kalau tidak, tentu mereka buat  kacau, tuan. Kompeni menjadi susah.
PEGAWAI INGGERIS:   Oh, itu sudah tentu! Kompeni mesti sekat itu tindakan mereka! Kompeni  akan buat bantahan kepada Sultan Brunei. Suruh dia hentikan penentangan Pangeran terhadap kompeni.
JAHUL:   Tapi, bagaimana kalau Pangeran terus juga membuat kacau tuan?
PEGAWAI INGGERIS:   (Ketawa) Kompeni akan bertindak lebih tegas!

              (Dipetik daripada drama “Sebuah Perjuangan” antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Apakah perkara yang dibincangkan oleh Jahul dengan pegawai  Inggeris?                                    [2 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
       
ii) Mengapakah Pangeran bertindak menyerang dan menawan rakyat kompeni?                             [2 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii) Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersebut.                                                [3 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment