GURINDAM
|
MAKSUD
|
Hendak pandai menghargai masa.
Jangan dinanti esok lusa.
|
Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan
masa
|
Ketekunan akan membawa kejayaan.
Kegigihan bekerja dengan keupayaan
|
Kejayaan akan dikecapi jika seseorang berusaha dengan gigih dan tekun
|
Wajah ceria keseronokan bekerja.
Usah berduka bermuram durja.
|
Apabila seseorang seronok bekerja, hidup akan lebih gembira
|
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan.
Bertndak dengan penuh kebijaksanaan.
|
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu
dilakukan dengan bijaksana
|
Ketinggian peribadi jadi amalan.
Ketelusan hati jadi bekalan.
|
Keperibadian yang unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam
kehidupan
|
Kekuatan sifat baik hati.
Bertimbang rasa dan bersimpati.
|
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati hendaklah dijadikan
amalan
|
Pengaruh kepimpinan melalui teladan.
Baik buruk jadikan sempadan.
|
Pemimpin yang baik hendaklah dijadikan ikutan dan pemimpin yang tidak
amanah hendaklah dijauhi
|
Menjadi kewajipan menjalankan tugas.
Walaupun sederhana tetapi tegas.
|
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sempurna
walaupun bertindak secara sederhana tetapi tegas
|
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama.
Tidak membazir teliti saksama.
|
Kita hendaklah bijak berbelanja dan pembaziran perlu dielakkan dalam
melaksanakan sesuatu kerja
|
Keutamaan kesabaran fikiran tenang.
Perkara susah menjadi senang.
|
Kesabaran dan ketenangan amat perlu dalam menghadapi sebarang situasi
kerana perkara yang sukar akan menjadi mudah
|
Peningkatan bakat diberi sokongan.
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
|
Kebolehan diri dan bakat yang dimiliki hendaklah ditonjolkan sebagai
motivasi ketika bekerja
|
Nikmat mencipta budaya kreatif.
Kembangkan bakat semoga aktif.
|
Pemikiran yang kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif
|
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
ASPEK
KOMSAS |
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Bentuk
|
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
|
Mempunyai dua belas rangkap
Mempunyai 2 baris serangkap, baris 1 syarat baris 2 jawapan
Mempunyai 4 patah perkataan sebaris
Mempunyai antara 9 hingga 14 suku kata sebaris
Rima akhir aa
|
Tema
|
Nilai-nilai murni dalam kehidupan - Nilai-nilai murni yang dijadikan amalan setiap
individu untuk membina jati diri sebagai bangsa yang berguna kepada negara
|
Nilai-nilai seperti menghargai masa, tekun
berusaha, bijak bertindak dan bersifat sederhana merupakan nilai positif yang
mampu membentuk remaja sebagai generasi masa hadapan bagi mengambil alih
kepimpinan negara kelak
|
Persoalan
|
Persoalan tentang kepentingan menghargai masa
|
Masa sangat berharga dalam kehidupan dan masa
tidak menunggu sesiapa
|
Persoalan tentang tekun berusaha akan membawa
kejayaan
|
Kejayaan akan dapat dikecapi jika berusaha
dengan tekun dan gigih
|
|
Persoalan tentang kepimpinan melalui teladan
|
Pemimpin yang baik akan dijadikan ikutan dan
sebaliknya pemimpin yang tidka baik akan dipinggirkan
|
|
Persoalan tentang ketenangan ketika membuat
keputusan
|
Sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih mudah
jika membuat keputusan dengan tenang
|
|
Persoalan tentang kepentingan berfikiran kreatif dan inovatif
|
Pemikiran yang kreatif dan inovatif mampu
menghasilkan ciptaan yang berkualiti tinggi
|
|
Nilai
|
Kegigihan
|
Kegigihan dituntut ketika melakukan sesuatu
pekerjaan
|
Kebijaksanaan
|
Setiap tanggungjawab yang diamanahkha perlu
dilakukan dengan bijaksana
|
|
Kesederhanaan
|
Kesederhanaan mampu menjadikan kehidupan
lebih berkualiti
|
|
Kesabaran
|
Setiap perkara yang ingin dilakukan hendaklah
dengan penuh kesabaran
|
|
Tanggungjawab
|
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan
dengan sempurna
|
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah gigih berusaha supaya hasil
memuaskan
|
Kejayaan akan dikecapi jika berusaha dengan
gigih
|
Kita hendaklah bijaksana menguruskan masa
kerana masa itu emas
|
Masa hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana
masa tidak akan menunggu kita
|
|
Kita mestilah bersederhana dalam kehidupan
supaya tidak ditimpa kesusahan nanti
|
Kesederhanaan mampu menjadikan hidup kita
lebih berkualiti
|
|
Kita hendaklah sabar ketika membuat keputusan
supaya hasilnya nanti memuaskan
|
Keputusan yang dibuat secara sabar dan tenang
mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti
|
|
Kita hendaklah melaksanakan sesuatu pekerjaan
dengan penuh tanggungjawab supaya hasilnya menjadi sempurna
|
Tanggungjawab yang diamanahkan hendaklahlah
dilakukan dengan sempurna
|
|
Gaya Bahasa
|
Simpulan bahasa
|
Contoh : baik hati
|
Aliterasi
|
Contoh : Bertindak dengan penuh kebijaksanaan
|
|
Asonansi
|
Contoh : Kekuatan sifat baik hati
|
(i) Berikan maksud rangkai kata 'baik
buruk dijadikan sempadan'.[2 markah]- perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan
hidup
(ii) Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu menghargai masa? [3 markah]- masa yang telah berlalu
tidak akan berulang lagi. / kita tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan / Dengan
menghargai masa, kita dapat menyiapkan kerja kita dengan lebih sempurna.
(iii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri
kepimpinan yang anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3 markah] --
bersikap amanah dalam menjalankan
tugas / bertindak adil dalam mengambil sesuatu tindakan / cekap
dalam menjalankan tugas
(iv) Apakah nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3 markah]- memberikan tunjuk ajar kepada orang lain /
meningkatkan bakat yang ada supaya lebih maju / jangan bersikap sombong
dengan bakat yang ada
LATIHAN TAMBAHAN:
- Apakah nasihat penyair kepada
mereka yang berbakat? - memberikan
tunjuk ajar kepada orang lain / - meningkatkan bakat yang ada supaya
lebih maju; / - jangan
bersikap sombong dengan bakat yang ada.
- Berikan maksud rangkai kata 'baik
buruk dijadikan sempadan'.-
perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan hidup.
- Mengapakah bakat yang ada harus
dikembangkan? - agar kebolehan
diri dapat dikenal pasti; / -
dapat menjadi haluan kepada kerjaya masa hadapan; / -
untuk menunjukkan potensi diri agar dapat dinilai oleh orang lain.
- Pada pendapat anda, mengapakah kita
perlu bergembira semasa bekerja?
- agar
tidak mengalami tekanan perasaan atau stres; / -
supaya waktu bekerja berlalu dengan cepat; /
- dapat menghasilkan kerja yang berkualiti
- Berdasarkan gurindam tersebut,
nyatakan tiga ciri penting untuk melahirkan pekerja cemerlang. - bijak
menghargai masa; / -
gigih ketika menjalankan tugas yang diamanahkan; / - mempunyai perasaan
gembira ketika bekerja
- Pada pendapat anda, apakah kesan
buruk amalan suka menangguhkan kerja? - akan hilang kepercayaan orang
ramai atau pelanggan; / - kerja tidak dapat disiapkan
mengikut jadual; / - akan menimbulkan
masalah kepada orang ramai.
- Apakah kebaikan nilai sabar dalam
gurindam tersebut?- -
fikiran menjadi tenang;
- pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah / - keputusan yang dibuat
tidak mengikut perasaan.
No comments:
Post a Comment