Thursday 20 August 2015

ULANG KAJI PT3 2015 - NOVEL 6:20



LATIHAN PENGUKUHAN:

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan peristiwa-peristiwa menarik dalam novel tersebut.


Huraikan pengajaran yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda pelajari                                                                                                                                                                                     [10 Markah]
Pengajaran
(Novel 6:20)
Peristiwa


Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.



Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.



Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia   dibesarkan di luar negara.

Co Tuan Haji Syaqir  bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya

Nenek dan Aim tabah dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, tambahan  lagi ibu Aim  lari meninggalkannya dan Aim.

Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.
                                             




Jelaskan nilai yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda kaji.                 [10 Markah]
Nilai
(Novel 6:20)
Peristiwa


 Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.


Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan penyakit kulit Ehsan.


Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.


Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.


Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar

Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.




Jelaskan latar masyarakat berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.         [10 Markah]

Latar masyarakat merujuk keadaan sesuatu masyarakat yang terlibat dalam perjalanan plot cerita meliputi aspek budaya, tingkah laku, pekerjaan, pemikiran, kepercayaan dan jantina.



Latar Masyarakat
(Novel 6:20)
Peristiwa
Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. 


Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang  dari kerja.
Iskandar, Jerry dan Reny terpengaruh dengan konsep kebebasan mutlak yang diperjuangkan oleh Kelab WX2. Mereka aktif menggerakkan agenda kumpulan tanpa berfikir secara rasional.
Sukma, Jerry, Alvin, Rafiq, Iskandar dan Haji Syaqir saling bekerjasama membanteras kegiatan Kelab WX2

Sukma sering menjadi tempat rujukan Teja dan rakan-rakan apabila mereka kurang jelas tentang sesuatu konsep. Rafiq yang menjadi pelajar cemerlang ketika menuntut di luar negara memberikan ceramah di dalam bilik kuliah.


No comments:

Post a Comment