Thursday, 20 August 2015

ULANG KAJI PT3 2015 - KARANGAN

Langkah-langkah mengatasi masalah kecurian di sekolah


Pendahuluan  - gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. / Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi ./  Mencuri merupakan salah laku moral yang bermaksud dengan mengambil hak orang lain tanpa pengetahuan dan izin secara sengaja./ menganggu proses pengajaran dan pembelajaran / menjejaskan imej negara kita. / langkah-langkah untuk mengatasi masalah kecurian dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera.


Isi

1. Para guru di sekolah memainkan  peranan penting dalam menyifarkan masalah kecurian /  memantau kegiatan para pelajar supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif /  patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan / menyemai ilmu keagamaan / melentur buluh biarlah dari rebungnya / ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kecurian. / melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah kecurian dapat diatasi dengan mudah.

2. melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar / mendenda pelajar  / pelajar yang terlibat dengan kes
kecurian perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah / dapat menginsafkan pelajar yang terlibat / mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain / mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan kes kecurian / mampu menangani kes kecurian dan dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

3. Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah di sekolah / Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah /  mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. / Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. / mencegah lebih baik daripada mengubati / Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepas penubuhan kelab-kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah. / kelab-kelab bersifat antijenayah sosal haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini. 

Penutup - sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani  kes kecurian dalam kalangan pelajar /  berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini. / Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. / Semoga dengan penyelesaian masalah ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.






No comments:

Post a Comment