Remaja cemerlang lahir daripada keluarga yang
gemilang. Bincangkan peranan keluarga dalam membentuk keperibadian mulia
anak-anak. Bincangkan
Peranan
Keluarga Dalam Membentuk Anak-anak
Pengenalan
Institusi keluarga merupakan sebuah organisasi
yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak.
·
Yang mencorak anak-anak sejak
kecil sama ada menjadi insan yang sempurna atau sebaliknya
·
Perlu dicorak dengan
sebaik-baiknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari
·
Melahirkan insan yang
benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang
Idea-idea utama
Anak-anak mestilah diberikan didikan agama sejak
kecil lagi
·
Dapat membezakan yang mana
baik dan yang mana buruk
·
Tidak mudah terpengaruh atau
terjebak dalam pelbagai gejala negatif
·
Didikan agama akan menjadi
pendinding dan benteng yang menghalang mereka daripada berbuat sesuatu perkara
yang bertentangan dengan ajaran agama yang dipraktikkan
Dalam membincangkan tajuk di atas, anak-anak
mestilah diajar bertutur dengan penuh sopan santun.
·
Tidak bertutur dengan kasar
atau mengeluarkan kata-kata yang biadab
·
Tidak meninggikan suara
terhadap orang yang lebih tua daripadanya
·
Bijak menyusun kata-kata
walaupun berada dalam apa jua situasi
Ibu bapa juga mestilah sentiasa memberikan
sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.
·
Banyak menghabiskan masa
lapang dengan anak-anak
·
Sentiasa memahami da
menyelesaikan masalah yang dihadapi
·
Anak-anak sentiasa menjadikan
ibu bapa sebagai tempat mengadu dan bukannya melakukan perkara yang sebaliknya
atas pengaruh rakan-rakan
Sudah terang lagi bersuluh, pemantauan ibu bapa
terhadap anak-anak mestilah dilakukan secara berterusan
·
Penting terutama ketika
anak-anak mereka berada di luar rumah
·
Sentiasa mengetahui dengan
siapa anak-anak mereka bercampur
·
Anak-anak takut untuk
terlibat dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh memberikan aib kepada
keluarga
Ibu bapa juga wajar berjumpa guru-guru di sekolah
tempat anak-anak mereka menimba ilmu sekurang-kurangnya dua tiga kali setahun
·
Untuk mengetahui perilaku dan
sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah
·
Untuk mengetahui prestasi
anak-anak mereka dalam bidang akademik
·
Sentiasa memacu anak-anak
mereka di landasan yang betul dalam melahirkan insan yang soleh dan solehah
Penutup
“ Melentur buluh biarlah dari rebungnya” amat
bertepatan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
·
Janganlah apabila “sudah terhantuk baru hendak
mengadah” ataupun yang lebih parah “apabila nasi sudah menjadi bubur”
·
Didiklah anak-anak kerana
anak kita harta yang lebih berharga berbanding apa jua harta yang ada di alam
maya pada ini
·
Berbangga kerana berjaya
menjadikan anak-anak mereka insan yang sempurna di dunia mahupun di akhirat
kelak
Cikgu,karangan-karangan ini akan keluar?Bukan karangan yang di buku intensive tuisyen itu?
ReplyDeleteIsi Tambahan
DeleteCikgu,boleh bagi saya tahu nak fokus muka surat berapa?Terima kasih!
DeleteTerima kasih atas bantuan cikgu!
ReplyDeletecikgu~dalam buku intensive tak keluar?
ReplyDeleteIsi Tambahan
Delete