PERANAN
IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI
MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK
Keluarga
boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling
mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain.
Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan.
Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak
mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan
layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah
digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur
Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1
sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini
adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup
memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah
bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada
dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan
dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan
anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara
peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan.
Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa
mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa
yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak.
Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba
mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya
atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk
berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat
dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu,
benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh
diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat,
membanting tulang dan bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka
agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu
memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anakbagai
menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan
daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka
tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak
berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata
untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini,
pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa
terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos
pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan
Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti
kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan
cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela
berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk
anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
Dorongan
lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan
anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana
anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih
mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh,
sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang
semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan
Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar
yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert
Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu
tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang
sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi
kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai
intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan
anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah
bersatu padu bagai aur dengan tebingdan sama-sama berusaha
seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan
anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan
Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah
kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak
lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung,
malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri
sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara lain untuk negara maju yang
lain di seluruh sarwajagat ini.
No comments:
Post a Comment